Thursday, May 26, 2011

EPL- Analisa Setiap Pasukan

EPL 2010/2011 Analisa setiap pasukan ... kenapa EPL? Ini je yang selalu tonton live....

1. Manchester United - Menang rekod 19kali juara EPL; Pemain Terbaik- Nemanja Vidic; Hampas-Bebe
2.Chelski...Chelsea- Gagal mempertahankan kejuaraan, Ancelotti kena pecat (tak patut)..; Pemain Terbaik - Petr Cech; Hampas- Torres....
3. Manchester City- Pasukan modal tinggi.. ada peningkatan musim ini .. musim depan? Pemain terbaik- David Silva; Hampas- Jo
4. Arsenal- Macam-macam alasan Wenger... patut kena pecat pasal lama dah takde hasil berbanding Ancelotti... perlukan pertahanan dan penjaga gol yang kental untuk berjaya musim depan, kalau Fabregas belah agak sukar cari pengganti; Pemain Terbaik- Van Persie; Hampas- Almunia.
Seterusnya, banyak sangat team penat den... Lain-lain pemain yang menyerlah- Luis Suarez (Liverpool), Charlie Adam (Blackpool), Baines (Everton) serta Odemwingie (WBA).. West Ham, Blackpool, Birmingham turun divisyen... Pemain dari kelab yang turun divisyen dijangka akan ada di EPL musim depan- Charlie Adam, DJ Campbell, Scott Parker dan Ben Foster.
Kalau ada player yang tak mention mungkin tak sempat aku nak nilai....atau lupa... Tevez memang best...

Wednesday, May 25, 2011

David Beckham kembali ke Manchester United?

Pada 24 Mei 2011, Beckham kembali bermain untuk Manchester United dalam perlawanan menentang Juventus sempena persaraan Gary Neville. Perlawanan tersebut dimenangi Juventus 2-1. Gol MU dijaringkan oleh Rooney yang bermain selama 30 minit.
Macam menari lak..

Sementara itu pencarian penjaga gol menggantikan Van Der Sar berakhir apabila Ferguson mengumumkan David De Gea, 20 sebagai pengjaga gol baru dengan yuran perpindahan dalam lingkungan 16juta pound.

Tuesday, May 24, 2011

Aguero ke Manchester United?

Penyerang Atletico Madrid, Sergio 'Kun' Aguero, 22, dikhabarkan meminta kelabnya menimbang tawaran yang diterima untuk berhijrah ke kelab lain. Menantu Maradona itu dikatakan telah lama ingin berhijrah demi mempertingkatkan mutu permainannya serta peluang memenangi kejohanan besar. Diberitakan beberapa kelab seperti Manchester United, Manchester City, Inter, Chelsea serta Real Madrid berminat untuk mendapatkan khidmat beliau. Namun media Sepanyol kerap mengaitkannya dengan perpindahan ke Real Madrid. Yuran pelepasannya (release clause) ialah 45juta pound. Namun CEO Atletico menyatakan beliau tidak akan menjual Aguero kepada Real Madrid walaupun angka tersebut dapat dipenuhi.

Monday, May 23, 2011

end of season 2011... berakhirnya musim bolasepak 2010/2011

Akhir berakhir musim bola di England, German, Itali dan Sepanyol. Ni ambil kira yang besar je. Di England , Manchester United juara, Chelsea kedua (Ancelotti dipecat!), Manchester City ketiga dan Arsenal keempat. Ini bermakna Arsenal perlu pusingan kelayakan untuk layak ke peringkat kumpulan Liga Juara- Juara. Ada peluang Arsenal jumpa Bayer Munich di peringkat kelayakan. Sementara itu, di Sepanyol, Barcelona mengekalkan kejuaraan dan Real Madrid terus gigit jari.... tapi C Ronaldo menjadi penjaring terbanyak La Liga dan ada khabar angin Mourinho ingin menjualnya kepada Manchester City dengan harga 150 juta pound sterling. Di German Borussia Dortmund juara dan akhirnya di Itali AC Milan juara dengan Inter Milan naib je.... tu la ambil lagi Leonardo jadi jurulatih. Khabarnya Sneijder mungkin berhijrah ke Manchester United.
Okla lain kali akan di beritakan pula 'transfer rumours'.... Gambar Ancelotti tension kalah dengan Everton 0-1 dan kena pecat lepas tu... heeheheheh