Friday, August 31, 2012

UCL: Undian UEFA Champions League 2012/13 dan Pemain Terbaik di Eropah 2011/12

UCL- UEFA Champions League atau pun Liga Juara-juara peringkat kumpulan akan bermula dalam 3 minggu lagi. Undian di Monaco telah membahagikan 32 pasukan terbaik di Eropah kepada 8 kumpulan. Kita lihat dulu kumpulan A,B,C dan D.
 Undian paling menarik nampaknya di kumpulan D, dimana Real Madrid diundi bersama Man City, Ajax dan  Dortmund. Hanya Man City tidak pernah menjuarai Liga Juara-juara. Boleh dikatakan saingan untuk kumpulan D agak sengit untuk mana-mana pasukan ke peringkat kalah mati. AC Milan seperti akan mudah layak tetapi kehilangan 2 tonggak utama akan menguji keupayaan Milan.

Untuk kumpulan E,F,G dan H tiada yang sengit seperti kumpulan D. Man Utd berpeluang cerah untuk layak ke peringkat seterusnya begitu juga dengan Barcelona. Juara bertahan, Chelsea pula akan berdepan dengan Juventus tetapi mereka juga perlu waspada dengan Donetsk serta pencabar baru FC Nordjaelland............

Pada malam yang sama, pemenang pemain terbaik di Eropah diumumkan dengan calon-calonnya Iniesta, Messi dan Cristiano Ronaldo... dan pemenangnya..video..



gambar-gambar lain

calon-calon..

..tunggu...







..I'm ze bezt...


Thursday, August 30, 2012

US Open- Tennis..Sharapova menang mudah..

Maria Sharapova mudah ke pusingan ke 3 US Open di Arthur Ashe apabila mengalahkan Dominguez Lino 6-0, 6-1 pagi tadi. 



rehat jap..





...focus...



Beberapa Sedutan ...







Pemain tenis wanita yang diminati, biasanya tengok match Sharapova, Ivanovic ataupun Hantuchova...hehehe...Adik beradik Williams terlalu berotot....



..menunggu servis lawan....
Sedutan perlawanan Ivanovic kelmarin...




Wednesday, August 29, 2012

Gerrard percaya Liverpool berpeluang menjulang BPL..

Kapten Liverpool Steven Gerrard percaya dia berpeluang menjulang kejuaraan liga BPL jika terus kekal di Liverpool. Beliau mengulas dakwaan bahawa dia perlu berhijrah untuk menjadi juara. Sementara itu , Nuri Sahin yang dipinjamkan dari Real Madrid bertekad untuk meletakkan Liverpool di kedudukan 4 teratas di akhir musim setelah Wenger menyatakan skuad Arsenal tidak memerlukan khidmatnya. Jurulatih Liverpool, Brendan Rodgers percaya Stewart Downing berkebolehan menjadi bek kiri ekoran kecenderungannya untuk memilih pemain 17 tahun Raheem Sterling sebagai sayap kiri Liverpool. Liverpool juga dikhabarkan berminat mendapat D. Sturridge (Chelsea) dan akan menjual Charlie Adam serta Downing untuk mendapatkan dana untuk Sturridge.
Real Madrid pula bertekad memenangi Spanish Super Cup setelah tewas 3-2 di pusingan pertama kepada Barcelona. Perhatian akan menumpu kepada Luka Modric yang dibeli dari Tottenham dengan yuran perpindahan 33 juta pound. Manakala Barcelona mungkin menurunkan Alex Song yang baru berhijrah dari Arsenal.
Sementara itu Lionel Messi telah menjaringkan 4 gol setelah dua perlawanan Liga BBVA dan Real Madrid hanya satu mata selepas seri dengan Valencia serta kalah 2-1 kepada Getafe.
..saksikan video Messi...
Kedudukan Liga BBVA

Sementara itu di Manchester United, Berbatov mungkin akan berhijrah ke Fiorentina, tapi SAF nampaknya berfikir dua kali akibat kecederaan Rooney.. Selain itu pada pendapat aku, dari dua perlawanan awal Man Utd memerlukan khidmat seorang Defensive Midfielder yang kental....Fellaini tetapi Fellani perlu kekal di Everton..Setakat ini khabar angin menyatakan Man Utd berminat dengan pemain tengah Mexico, Hector Herrera...

Piala Malaysia 2012- Kelate seri dengan ATM.(video).

ATM seri 1-1 dengan Kelantan dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia 2012 malam tadi. Perlawanan bermula rancak dengan ATM lebih menguasai permainan dengan gerakan-gerakan bahaya. Pada minit 56', pemain import ATM Marlon Alex James menjaringkan gol hasil hantaran Zaquan. Khairul Fahmi ternyata kecewa kerana kegagalannya menangkap kemas cubaan lemah James menyebabkan ATM mendahului 1-0. Kemasukan Norfarhan berjaya meningkatkan tempo permainan Kelantan dan hasilnya Obinna Nwaneri menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 87.
Saksikan gol ATM..

Gol Kelate pulak...
Lain-lain keputusan...
..Pahang 6 Sarawak 0...
Cubaan menarik ATM..
Gambar-gambar..
..menunggu perlawanan restart...

Ghaddar rasa bosan menunggu..






..extra time 17'...

Monday, August 27, 2012

Serie A : Inter Milan cemerlang, AC Milan kecundang...video

Permulaan Serie A bermula cemerlang apabila Inter Milan menang 3-0 ke atas Pescara di Stadio Adriatico yang baru kembali ke Serie A setelah menjuarai Serie B musim lalu. Gol-gol Inter dijaringkan oleh Sneijder, Diego Milito dan Coutinho.. Video gol dibawah..
Sementara itu, Sampdoria yang baru kembali ke Serie A setelah semusim di Serie B menang 1-0 keatas AC Milan yang nampaknya terasa kehilangan Ibrahimovic. Gol Sampdoria dijaringkan oleh Costa, manakala peminat AC Milan menunjukkan rasa tidak puas hati mereka diakhir perlawanan.. Juventus pula meneruskan rekod tanpa kalah musim lepas dengan menang mudah 2-0 ke atas Parma walaupun tanpa Antonio Conte, jurulatih Juventus yang digantung 10 bulan. Namun begitu gol kedua yang dijaringkan Andrea Pirlo diprotes oleh pemain Parma yang mendakwa bola belum melepasi garisan gol...saksikan sendiri..

Lain-lain keputusan- Roma 2-2 Catania, Napoli 3-0 Palermo dan Lazio 1-0 Atlanta. Nampaknya Inter Milan bermula garang untuk memastikan cabaran kali ini lebih baik dari kedudukan ke 6 musim lalu..

BPL : Liverpool 2 Man City 2.. Joe Allen menyerlah..

Anfield - Liverpool hanya mampu seri 2-2 dengan Man City walaupun menguasai permainan. Joe Allen menguasai bahagian tengah dengan hantaran-hantaran tepat tetapi dua kesilapan pertahanan menyebabkan Liverpool putih mata untuk 3 mata penuh di Anfield, hanya berkongsi mata dengan Man City.. nampaknya pertahanan Liverpool masih belum serasi dengan corak 'short passing' Brendan Rodgers.. Pemain 17 tahun Liverpool, Raheem Sterling nampaknya menyerlah sebagai 'wing kiri' namun pancit selepas 60 minit... yelah baru 17 tahun...
Saksi video Liverpool vs Man City - highlights aje...

Sementara itu, Stoke City seri 0-0 dengan Arsenal. Arsenal masih lagi gagal menjaringkan gol selepas 2 perlawanan dan masih kehilangan sentuhan RVP... pendapat Wenger selepas gagal lagi jaringkan gol..

Sunday, August 26, 2012

BPL : Chelsea 2 Newcastle 0.. Chelsea kembali di persada liga (video)

BPL Top Ten
Chelsea kembali di atas BPL dengan kemenangan 2-0 mengatasi Newcastle United dengan Hazard dan Torres menjaringkan gol ... lihat video Chelsea highlight..


Others.............

BPL Result- Everton 3 A.Villa 1.. Man United menang 3-2


Swansea leads...For now..
Swansea masih mendahului BPL apabila menang 3-0 ke atas West Ham. Gol Swansea dijaringkan Angel Rangel (20'), Michu (29') dan Danny Graham (64'). Nampaknya Michael Laudrup memang sesuai buat Swansea dan Michu pula boleh menjadi rekrut terbaik musim ini...
Sementara itu di Old Trafford, Manchester United menang 3-2 mengatasi Fulham yang memberikan saingan sengit. Gol Man United dijaringkan Van Persie (10"), Kagawa (35') dan Rafael (41'). Fulham mendahului pada minit ke 3 hasil jaringan Damien Duff dan pada minit ke 64 Nemanja Vidic menjaringkan gol sendiri. Alex Ferguson memilih RVP dalam kesebelasan utama, manakala Rooney di bangku simpanan.
Di Villa Park, Everton selesa dengan kemenangan 3-1 hasil jaringan Pienaar (3'), Fellaini (31') dan Jelavic (44'). El Ahmadi menjaringkan gol saguhati buat Villa di minit ke 75. Nampaknya musim 2012/2013 Everton bermula dengan baik dan diharap momentum ini kekal ke akhir musim....
Video Gol Jelavic..

Tuesday, August 21, 2012

Everton 1 Man United 0... RVP & Rooney..?

Everto menang 1-0 di Goodison Park hasil jaringan Marouane Fellanini... Malah Everton boleh menjaringkan lebih gol lagi jika tidak kerana kecekapan dan ketangkasan De Gea.. Nampaknya gandingan Vidic dan Carrick di pertahanan tengah memang kucar kacir...

Goaallll... dari The Sun

Monday, August 20, 2012

EPL - Man City 3 Southampton 2 ..video sekali.. Chelsea menang juga..

Pendatang baru ke EPL, Southampto memberikan cabaran sengit kepada juara bertahan EPL Manchester City sebelum tewas 3-2. Separuh masa kedua perlawanan bertambah rancak dan Man City akhirnya berjaya mendapatkan 3 mata penuh padaperlawanan pembukaan EPL nya..
Penalti Silva diselamatkan.

Gol Tevez..
Gol Southampton (Lambert)

Gol Southampton (Davis)
Gol Penyamaan Dzeko , 2-2...
Gol kemenangan Nasri buat City,3-2..

Sementara itu, di Stamford Bridge Chelsea mengalahkan Wigan 2-0 hasil jaringan Ivanovic (minit ke 2) dan penalti Lampard ( minit ke 7)...kedua-duanya hasil gerakan pemain baru, Eden Hazard..

Sunday, August 19, 2012

EPL First week Result..Liverpool tewas.. Swansea dan Fulham cemerlang..

Liverpool nampaknya meneruskan tradisi apabila tewas 3-0 kepada West Bromwich Albion. Ianya permulaan yang ngeri untuk Brendan Rodgers, terutamanya WBA antara pasukan yang dipilih penganalisis sukan sebagai pasukan yg akan turun dari EPL, namun pengurus baru WBA, Steve Clarke membuktikan sebaliknya. WBA mendahuli hasil rembatan kencang Zoltan Gera. Kemudian WBA mendapat 2 penalti selang beberapa minit. Penalti pertama oleh Shane Long telah gagal mengegar jaring namunpenalti kedua beberapa minit kemudian oleh Odemwingie berhasil. Pemain pinjaman dari Chelsea, Roman Lukaku menambah jaringan untuk gol ketiga WBA.
Swansea meneruskan kecemerlangan musim lalu walaupun dibawah pengurus baru Michael Laudrup  apabila menang 5-0 keatas QPR. Gol-gol dijaringkan Michu (2 gol), Nathan Dyer (2 gol) dan Scott Sinclair. Sementara Fulham juga menang 5-0 ditempat sendiri ke atas Norwich.Gol dijaringkan Damien Duff, Petric (2 gol) , Kacaniklic dan Steve Sidwell.
Lain -lain
Arsenal 0 Sunderland 0 - Arsenal masih terasa kehilangan RVP, manakala Alex Song tidak diturunkan menguatkan lagi desas-desus dia akan ke Barcelona.. Arsenal tumpul, Podolski dan Giroud belum serasi.
Newcastle 2 (Ba, Ben Arfa) Tottenham 1 (Va der Vaart)
West Ham 1 (Nolan) Aston Villa 0
Reading 1 Stoke 1
Teratas EPL 2012/2013- Fulham dan Swansea... buat minggu ini..

Takde apa-apa video/gambar , pasal balik kampung..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..

Thursday, August 16, 2012

Robin Van Persie dari Arsenal ke Man Utd..

Arsene Wenger akhirnya mengalah dan menerima bidaan Manchester United untuk Robin Van Persie...R.V.P.. Pemain berusia 29 tahun itu akan menjalani ujian kesihatan sebelum menandatangani kontrak dengan Man Utd. Mengikut akhbar the Sun, Man Utd akan bayar 15juta pound dan lain berdasarkan prestasi boleh mencecah 22 juta. Nampaknya Man Utd akan dapat memberi cabaran lebih getir kepada Man City dalam kejuaraan liga EPL nanti... tapi SAF perlu berharap RVP cergas sepanjang musim.. Javier Hernandez dan Welbeck dijangka akan memanaskan bangku simpanan.. Berbatov pergi mana??
I hear Old Trafford calls.....
Sementara itu Alex Song telah menarik minat Barcelona dan dilaporkan Barcelona telah menawarkan 12 juta pound untuk midfield Arsenal... Kalau RVP, rasanya Arsenal dah ada pengganti iaitu Podolski tapi kalau Alex Song, memang Wenger perlu cepat untuk dapatkan pengganti...


Wednesday, August 15, 2012

Liga Perdana Inggeris (BPL).. Sekilas Tengok..

BPL ke EPL amat popular di Malaysia.. Bermula 18 Ogos nanti, kita akan dapat lihat siapa akan mula menyerlah.. ok.. ni penilaian aku untuk beberapa pasukan je....
ARSENAL (musim lalu no 3)
pemain baru - Santi Cazorla, Oliver Giroud, Lukas Podolski
Nampaknya pemain baru di Arsenal kali ini agak bagus terutamanya Podolski, tapi takde defender... hmmm.. juga bergantung sama ada RVP akan kekal lagi semusim atau tidak.. Tetapi kedudukan Arsenal pada akhir musim akan bergantung lebih kepada sama ada pertahanannya terutama Vermaelen mampu mengekang pihak lawan dari menjaringkan gol.. top four mungkin??

CHELSEA (no 6)
pemain baru -Eden Hazard, Marko Marin, Oscar
Dengan perpindahan Drogba ke China, tugas pengempur utama akan digalas Fernando Torres, tapi mampukah beliau? Inilah musimnya untuk Torres membuktikan pelaburan tinggi Chelski membuahkan hasil... gol.. Pemain-pemain baru seperti Hazard dan Oscar perlu kreatif untu membuka ruang Torres menjaringkan gol... peranan John Terry juga penting sama ada beliau mampu lagi menjadi tunggak utama pertahan Chelsea.. mungkin tempat ketiga di akhir musim...

EVERTON (no 7)
pemain baru - Steven Naismith, Steven Pienaar
Everton seringkali lambat panas... selalunya setelah separuh musim berlalu barulah mereka bermain dengan baik.. adakah musim ini ada perubahan? Dengan ketiadaan Cahill, Jelavic mungkin akan lebih serasi dengan Naismith. Pemain utama yang akan menjadi perhatian ialah Leighton Baines.. harap dia akan kekal di Everton..hmmm... no 6 kali ni?? kenapalah Jack Rodwell dijual ke Man City...

LIVERPOOL ( no 8)
pemain baru - Joe Allen, Fabio Borini
Pengurus baru, Brendan Rodgers mempunyai misi besar untuk mengembalikan zaman gemilang Liverpool... rasa macam dah terlalu lama sejak Liverpool menjadi juara... lebih 20 tahun daa... Agak sukar kali ni... segalanya akan bergantung kepada kecergasan dan prestasi kaptennya, Steven Gerrard... adakah dia mampu??

MANCHESTER CITY (juara)
pemain baru - Jack Rodwell 
Ramai pemainya akan bergilir-gilir... yang agak sukar digugat dalam kesebelasan utama hanya Joe Hart, Vincent Kompany dan Yaya Toure... adakah Mancini mampu mengembirakan pemain lain?? Balotelli, Tevez, Aguero, Dzeko, jangan lupa Adebayor... akan bersaing hebat hingga ke akhir musim dengan jiran sepekannya...

MANCHESTER UNITED (naib juara)
pemain baru - Shinji Kagawa, Nick Powell
Seperti Arsenal, Man Utd juaga bergantung pada prestasi Nemanja Vidic untuk mengemudi pertahanan selain prestasi Rooney sebagai sumber gol... juga bergantung sama ada SAF berjaya dapatkan RVP dari Wengen dengan kos 22 juta pound atau tidak... Selain itu Tom Cleverley perlu membuktikan dia berupaya mengemudi bahagian tengah supaya veteran seperti Giggs dan Scholes kurang diperlukan tenaga veterannya..
Shinji Kagawa juga agak menyerlah dalam beberapa perlawan persahabatan... tunggu je la 18 Ogos untuk keputusannya...


Sunday, August 12, 2012

2012 Community Shield - Man City vs Chelsea ... Video

Pembukaan kepada EPL, Community Shield berkesudahan dengan Manchester City 3 Chelsea 2. Perlawanan bermula dengan kompetitif dan seringkali berlaku kekasaran. Lapan kad kuning dan satu kad merah dilayangkan oleh pengadil, Kevin Friend.
Separuh masa pertama, Chelsea mendahului pada minit ke 40 hasil jaringan Fernando Torres. Sejurus kemudian di minit 42, Branislav Ivanovic dilayangkan kad merah apabila mengasari pemain Man City, Kolarov.
Separuh masa kedua, Man City mengandakan asakan dengan kelebihan pemain. Hasilnya Yaya Toure menjaringkan gol di minit 53, diikuti gol solo Carlos Tevez pada minit 59 dan Samir Nasri menyudahkan hantaran Kolarov pada minit ke 65. Chelsea merapatkan jurang di minit 80 melalui Ryan Betrand.

Highlight Gol Torres dan Yaya Toure
Gol Tevez..
Gol Nasri..
Gol Betrand...


Olympics : Brazil vs Mexico (video)... Brazil gagal lagi..

Brazil gagal lagi dalam misinya untuk memenangi emas Olimpik bolasepak pertamanya apabila tewas 2-1 kepada Mexico. Brazil nampaknya gagal mengambil iktibar dari kegagalan Olimpik yang lalu dan kini terpaksa menunggu empat tahun lagi untuk mencuba.
Pemain nombor 9 Mexico, Oribe Peralta menjaringkan 2 gol sementara Brazil dapat gol saguhati diminit ke 90 melalui Hulk. Di hadapan 86,162 penonton, Peralta menghukum kealpaan pertahan Brazil dalam masa 28 saat sahaja selepas perlawanan bermula. Kesilapan bermula daripada pemain pertahanan MU iaitu Rafael apabila hantaran kebelakang dirampas Peralta. Dengan Neymar dan Oscar, Brazil tetap gagal menembusi gawang Mexico walaupun mengusai perlawana. Hulk dimasukkan pada minit ke 30 dan Brazil nampak lebih merbahaya namun gol tidak kunjung tiba. Mexico mengambil peluangnya apabila Peralta menjaringkan gol kedua pada minit ke 75.. Brazil terus mencuba dan Hulk menjaring gol pada minit ke 90 namun Brazil gagal mencari gol penyamaan langsung meneruskan tradisi Olimpiknya..
First goal Mexico..
2nd goal Mexico..

Gol Hulk..
..peluang terakhir Brazil dipersiakan..
Gambar- gambar lain..


Friday, August 10, 2012

Usain Bolt lagenda pecut...Pandalela dapat pingat Olimpik..

Usain Bolt, 25,  menang acara pecut 200m lelaki malam tadi dan mengesahkan status lagenda Olimpik. Jamaica menguasai acara tersebut dengan perak dan gangsa juga dimenangi pelari Jamaica iaitu Yohan Blake dan Warren Weir. Bolt mencatatkan 19.32 saat untuk memenangi acara tersebut. Beliau berkata dia tidak berusaha untuk memecahkan rekod dunianya (19.19 saat) kerana merasa sesuatu dipinggang belakangnya selepas berlari di selekoh. Bawah video larian Bolt di peringkat separuh akhir... akan cuba dapatkan video  200m lain masa nanti..

Sementara itu, penerjun Malaysia, Pandelela Rinong berjaya mendapatkan pingat gangsa dalam acara terjun 'platform'. Beliau mencatatkan jumlah markah 359.20 untuk gangsa. Emas dimenangi penerjun China,Chen Ruolin dengan 422.30 dan perak dimenangi penerjun Australia Brittany Broben.
Saksikan video terjunan Pandelela...


Terkini, USA telah mengatasi China dalam pungutan pingat iaitu 39 emas, 25 perak dan 26 gangsa. China ikuti rapat dengan 37 emas, 24 perak dan 19 gangsa. Malaysia 1 perak dan 1 gangsa.

USA menang emas Olimpik bolasepak wanita dengan mengalahkan Jepun 2-1.

Thursday, August 9, 2012

Liga Juara-Juara Eropah..play-offs

Liga Juara-juara Eropah(CL) playoffs.. beberapa pasukan yang dah layak..
Celtic layak dengan agregat 4-1 ke atas HJK Helsinki..
Basel layak agg 2-1 ke atas Molde
FC Copenhagen 3-2 FC Brugge ... upset betul...den suka dengan FC Brugge nih..
Fenerbahce layak aggregat 5-2 Vaslui (Romania).. Dirk Kuyt jaringkan 2 gol untu Fenerbahce..
AEL (Cyprus) 2 - 0 Partizan Belgrade ... keputusan upset jugak nih..
Anderlecht 11-0 Ekranas... hmm membelasah je.. aggregat je tu (5-0, 6-0)
Panathinaikos mudah kalahkan Motherwell dengan aggregat 5-0.
Helsingborg kalahkan Slask Wroclaw 6-1 (agg)..Thomas Sorum jaring hattrick..
CFR Cluj menang 3-1 dengan Liberec..
Dinamo Zagreb kalahkan FC Sheriff 5-0..
Maribor menang aggregat 5-1 Dudelange..
Kiryat Shmona kalahkan Neftchi 6-2..
Antara semua pasukan nih .. yang dijangka layak ke peringkat kumpulan UCL, Fenerbahce, Anderlecht dan Panathinaikos...
Di EPL, pemain baru Arsenal , Santiago Cazorla (15juta pound) percaya dia akan menyerlah di Arsenal nanti.. Arsene Wenger pula mungkin tidak akan menjual RVP pada Man United. Real Madrid akan cuba berbincang dengan AC Milan untuk menjual Kaka bagi membolehkan mereka mendapatkan Luka Modric.
Di Olimpik pula, Brazil akan bertemu Mexico untuk penentuan emas Olimpik... Leandro Damiao dijangka akan menjaringkan gol untuk memberikan Brazil emas pertama dalam bolasepak di Olimpik..

Tuesday, August 7, 2012

Usain Bolt ke Manchester United?

Raja pecut, Usain Bolt dikhabarkan berminat untuk bermain dengan Manchester United.. Posisi mana sesuai? mungkin winger atau wingback... baca sini beritanya..
Ia merupakan impiannya kata Bolt... tapi buat masa ini fokusnya terhadap acara pecut 200 meter dan berharap dapat mempertahankan emas Olimpik 200m serta menjadi manusia pertama catat masa bawah 19 saat untuk acara tersebut...
Bolt dan SAF...kenangan 2009...

Van Persie kekal di Arsenal?

Robin Van Persie dipercayai telah sertai semula skuad Arsenal untuk latihan pra-musim. Nampaknya RVP mungkin akan kekal untuk bersama Arsenal sekurang-kurangnya satu musim lagi. Ada berberapa faktor kelab-kelab yang berminat agak sukar untuk mendapatkan RVP... Pertamanya soal gaji... Man City jika ingin RVP perlu jual Dzeko, Adebayor (takde sapa nak bayor..), dan paling utama Tevez. Ini kerana Tevez begitu serasi dengan Aguero...hmm Balotelli??.. Untuk Chelsea terlalu rival... Man Utd?? kalah gaji Rooney, nanti Rooney merajuk...hahaha... paling sesuai nampaknya Juventus.. cuma Juventus menghadapi masalah apabila Antonio Conte menghadapi tuduhan serius di Itali...
West Ham pula nampaknya mengakui gagal mendapatkan Andy Carroll..
Di Itali pula, Massimo Moratti mengakui sukar mendapatkan Lucas Moura kerana PSG telah menawarkan 45juta pound... Inter Milan kini menukarkan tumpuan kepada Walter Gargano, pemain Napoli.. Sementara itu di PSG, Ibrahimovic menyatakan PSG lagi hebat dari AC Milan. Bila ditanya mengapa, beliau menyatakan Milan telah kehilangan dua pemain terbaik mereka....Ibra dan Thiago Silva...AC Milan pula dikatakan telah offer 22 juta pound kepada Man City untuk Dzeko...

Video David Platt buat sepakan gunting dan reaksi Aguero ..di sini video..

Monday, August 6, 2012

Usain Bolt, Chong Wei dan Great Britain..

Usain Bolt mengesahkan kepantasan beliau dengan memenangi acara kemuncak Olimpik iaitu 100 meter lelaki dengan kepantasan 9.63 saat... lihat je video dibawah

... ranking pelari..

Sementara itu, harapan Malaysia untuk emas Olimpik pertana hancur apabila Lee Chong Wei tewas dalam final badminton dengan 3 set dan hanya berpuashati dengan pingat perak. Set pertama dimenangi Chong Wei 21-15 tetapi Lin Dan menukar rentak di set kedua untuk menang 21-10. Set ketiga agak sengit sehingga kedudukan 19-19 tetapi Lin Dan lebih bertenaga untuk menang 21-19...video di bawah..
Pelumba basikal negara Azizulhasni turut tewas kepada pelumba GB diperingkat suku akhir...
Untuk bolasepak pula, Great Britain meneruskan tradisi England apabila tewas kepada Korea Selatan melalui penentuan sepakan penalti.. Pasukan lain yang layak ke separuh akhir Brazil, Jepun dan Mexico..

Setakat ini China mendahului senarai pungutan pingat dengan 30 emas17 perak dan 14 gangsa..

Highlights 100 meter...

Friday, August 3, 2012

Olimpik 2012... Chong Wei mara, Lin Dan pun sama...

Lee Chong Wei mara ke separuh akhir apabila mengalahkan pemain India Kashyap Parupalli 21-19,21-11. Chong wei nampaknya lebih bertenaga dan mungkin sudah hampir 100% pulih dari kecederaan buku lalinya. Musuh utama Chong Wei untuk emas Olimpik, Lin Dan  pula bekerja keras untuk mengalahkan pemain Jepun Sho Sasaki dengan tiga set 21-12, 16-21, 21-16. Ini membuka ruang untuk ulangan final Olimpik 2008 yang dimenangi Lin Dan... Chen Long (China) dan Lee Hyun-ill (Korea Selatan) juga layak ke separuh akhir. Lee Chong Wei akan bertemu Chen Long manakala Lin Dan akan bertemu Lee Hyun-ill.
Bolasepak pula, Great Britain layak suku akhir... Lain-lain yang layak - Brazil (pilihan emas), Senegal, Korea Selatan, Mesir, Jepun, Mexico dan Honduras. GB akan bertemu Korea Selatan di suku akhir.