Tuesday, October 25, 2011

Man United dibelasah 6-1... top ten belasahan

Man United dibelasah 6-1 di Old Trafford  dengan Balotelli 2 gol, Dzeko 2 gol, Silva 1 gol dan Aguero 1 gol. Gol saguhati Man United dijaringkan oleh Darren Fletcher pada minit ke81.
Berikut Top Ten keputusan membelasah sejak Liga Perdana mula.. (sebelum tu divisyen 1)...
1- Seperti diatas Oktober 23, 2011, Old Trafford, Man Utd 1 Man City 6
2- August 28, 2011,  Old Trafford, Man Utd 8 Arsenal 2- Rooney jaring hattrik..
3- November 27, 2010, Old Trafford, Man Utd 7 Blackburn 1 - Berbatov jaringkan 5 gol..
4- Mei 9, 2010, Stamford Bridge, Chelsea 8 Wigan 0 - Drogba jaring hattrik dan Chelsea cipa rekod jaring 103 gol semusim...
5- November 22, 2009, Tottenham 9 Wigan 1 dengan Defoe jaring hattrik..
6- Mei 11, 2008, Middlesbrough 8 Man City 1- Afonso Alves jaringkan hattrik..
7- Februari 25, 2001, Man Utd 6 Arsenal 1, Dwight Yorke jaring hattrik..
8- September 19,1999, Newcastle 8 Sheffield Wednesday 0, Alan Shearer jaring 5 gol!
9- Februari 6, 1999, Nottingham Forest 1 Man Utd 8, Ole Gunnar Solskjaer jaring 4 gol setelah masuk sebagai sub..
10- Mac 4, 1995 Man United 9 Ipswich 0, Andy Cole jadi pemain pertama jaring 5 gol dalam EPL...

.. nampaknya paling selalu Man United yang membelasah.. sesekali kena belasah laer plak...

Friday, October 7, 2011

England lwn Perancis- Suku akhir piala dunia..esok

England akan bertemu Perancis pada peringkat suku akhir piala dunia ragbi di Auckland esok. Jonny Wilkinson berharap rakan-rakan sepasukan tidak mensia-siakan peluang untuk ke perlawanan kali ketiga berturut.
Sementara itu skuad bola sepak England akan bertemu Montenegro untuk kelayakan Euro 2012 dan Capello yakin dengan keadaan mental Rooney untuk memastikan kemenangan England ekoran tangkapan terhadap Rooney senior atas tuduhan terbabit dengan judi bolasepak. England memang perlu menang untuk layak tanpa perlu melalui proses playoff..
Sementara itu Carragher kata England menipu kerana menggunakan jurulatih impot... dia memberi contoh jika England ada krisis penjaga gol maka boleh ke Buffon dipanggil untuk mewakili England? dan menamakan Redknapp calon sesuai menggantikan Capello sambil menyata Moyes sepatutnya diberi peluang ke Chelsea....

Wednesday, September 28, 2011

Man United seri, Man City kalah...

Liga Juara2 malam tadi menyaksikan Man United seri 3-3 dengan Basel manakala Bayern Munich kalahkan Man City 2-0. Man United mendahului 2-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Welbeck, namun Basel bangkit menjaringkan 3 gol pada separuh kedua sebelum Ashley Young menanduk masuk pada minit ke 90 untuk keputusan 3-3. Lain-lain keputusan; Inter menang 3-2 di CSKA Moscow, Napoli kalahkan Villareal 2-0, Benfica kalahkan Otelul Galat 1-0 dan Real Madrid kalahkan Ajax 3-0 hasil jaringan Ronaldo, Kaka dan Benzema.

Young meraikan gol minit ke 90..

Tuesday, September 27, 2011

Man United masih teratas...

Lama dah tak tulis kisah terbaru... takde yang 'surprise'... Man Utd masih kat atas liga.. cuma situasi Arsenal je tapi sikit2 adela peningkatan. Nampaknya Newcastle ada peningkatan. Mungkin polisi belian Mike Ashley membuahkan hasil dengan striker nama yang pendek seperti Ba dan Best. Kos jersi pun murah ataupun mungkin Newcastle belum jumpa team besar spt Man Utd, Chelsea ataupun Man City.. Bercakap tentang Man City nampaknya Mancini dah jadi BFF Balotelli kerana Balotelli dah terima Mancini sbg kawan di Facebooknya dan memeluk Mancini lepas jaring gol ketika menang keatas Everton...hehehe..


Di Stoke pula, ketidakhadiran Rooney kemudian Hernandez cedera menyebabkan striker seperti Berbatov dan Owen menunjukkan sebab kenapa mereka sentiasa memanaskan bangku simpanan. Owen sebelum perlawanan tersebut menyatakan dia masih ada sentuhan berbisa, mungkin dia lupa Leeds Utd bukan lagi dalam EPL..... malah dia menyatakan tidak akan membelakangkan England tapi sebenarya Owen, England dah melupakan hang ,.... hehehehe.

Sementara di Chelsea, Torres masih mencari konsistensi dalam menjaringkan gol dan kemudian dibuang padang.. Sementara tu Lampard makin sukar dapat tempat dalam skuad bimbingan AVB...

Malam ni Champions League... hmmm.. Man Utd lawan Basel... takkan tak menang kot? Rooney cedera tapi Nani masih ada....Owen pun ade...

Thursday, August 11, 2011

Fabregas akhirnya berpindah ke Barca....betulke?

Cesc Fabregas dikhabarkan akan berpindah ke Barca dengan yuran perpindahan sebanyak 35.9juta pound sterling termasuk 900,000 pound setahun dari poket Fabregas sendiri! Sendiri bayar skit... mmg dah nekad la nie tinggalkan Arsengal...all the best.. semoga sentiasa dapat bermain dalam first eleven Barca... dan kemungkinan si Nasri pun ikut jejak langkah kaptennya untuk ke Man City...
  
bye Wenger cayang...

Friday, July 29, 2011

Harimau mengalah pada Singa...

Singapura layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia setelah seri 1-1 dengan Malaysia... Anyway thanks to Khairul Fahmi... kalu tidak lagi banyak bolos.... maybe 2018 punya kelayakan Harimau Malaya akan mengaum.. aum..................

Monday, July 25, 2011

Copa America- Uruguay Juara 2011

Uruguay meneruskan persembahan cemerlang di Piala Dunia dengan menjuarai Copa America 2011 dengan bergaya apabila menewaskan Paraguay 3-0. Paraguay merupakan pasukan yang layak ke final tanpa menang mana-mana perlawanan dam 90 minit tetapi Uruguay menunjukan mutu permainan sebenar mereka.Gol-gol  Uruguay dijaring Suarez (11') dan Forlan (41' ,89').                                                                                  


Singapura 5 Malaysia 3 - Harimau dibaham Singa

Pada 23 Julai 2011 yang lalu di Jalan Besar, Singapura telah menjaring 5 gol berbalas 3. Malaysia menjaringkan gol dahulu pada minit pertama melalui Safee Sali. Selepas itu Singapura menjaringkan empat gol melalui Duric (7'), Qiu Li (22'), Mustafic Fahruddin (44') dan Yi Shi (46'). Pada separuh masa kedua Safiq Rahim dilayang kad merah pada minit ke 50 dan pemain Singapura pula dibuang padang pada minit 55. Malaysia mula meningkatkan rentak dan berhasil menjaring dua gol melaui Hadi(70') dan Safee Sali (71'). Namun seperti biasa kelonggaran pertahanan Malaysia serta kelemahan penjaga gol (Sharbinee) menyebabkan Duric mudah menjaringkan gol pada minit 82 untuk keputusan 5-3.
gol kedua Singapura....

Sementara itu Safiq Rahim percaya pasukan Malaysia masih berpeluang pada perlawanan kedua di Bukit Jalil pada 28 Julai nanti walaupun beliau tidak bermain. Beliau juga berharap peminat Harimau Malaya akan memberikan sokongan pada untuk Malaysia menang dengan kelebihan dua gol.
Aku harap Sharbinee tak diturunkan dan pertahanan lebih fokus serta kental.....


gol2 dr youtube...

Friday, July 22, 2011

Gambar peminat di Copa America

Peminat bola di Amerika Selatan biasanya memang menarik tak kira di Copa ataupun Piala Dunia. Kadangkala agak keterlaluan juga seksinya.....huhu...

Copa America 2011

Copa America di Argentina kali ini agak mengejutkan dimana dua gergasi bolasepak iaitu Brazil dan Argentina gagal mara ke separuh akhir. Venezuela pula membuat kejutan apabila mara ke separuh akhir sebelum tewas pada Paraguay melalui penetuan penalti. Juara akan ditentukan oleh Uruguay dan Paraguay.
Penjaga gol Paraguay meraikan kemenangan ke atas Venezuela

Wednesday, July 20, 2011

Berbatov kekal di Man Utd... Sneijder??

Setelah mendapatkan Ashley Young, De Gea dll, Alex menyatakan Berbatov akan kekal di Man United dan akan berusaha untuk mendapat kembali tempat dalam skuad utama.Beliau juga menyatakan tidak biasa memilih skuad yang sama untuk setiap perlawanan. De Gea juga diingatkan perlu berusaha untuk menjadi penjaga gawang utama setiap perlawanan.Alex juga menyatakan beliau tidak akan membeli Sneijder tetapi mengakui bahagian midfield perlu diperkuatkan sejak persaraan Scholes. Dia menekankan akan mendapatkan pengganti jika pengganti yang sesuai ditemui. Yeah.. Berba kekal utk jadi super sub??
Sementara itu Man City mahu kelab yang mahukan khidmat Tevez supaya tunjukkan dulu kemampuan kewangan mereka... pendek kata " show me the money". Balotelli pula menyatakan City tidak perlu Tevez kerana ramai lagi boleh mengisi kekosongan tersebut. Dia juga menyatakan musim akan datang akan menyaksikan lebih aksi dan lebih gol darinya............

Thursday, May 26, 2011

EPL- Analisa Setiap Pasukan

EPL 2010/2011 Analisa setiap pasukan ... kenapa EPL? Ini je yang selalu tonton live....

1. Manchester United - Menang rekod 19kali juara EPL; Pemain Terbaik- Nemanja Vidic; Hampas-Bebe
2.Chelski...Chelsea- Gagal mempertahankan kejuaraan, Ancelotti kena pecat (tak patut)..; Pemain Terbaik - Petr Cech; Hampas- Torres....
3. Manchester City- Pasukan modal tinggi.. ada peningkatan musim ini .. musim depan? Pemain terbaik- David Silva; Hampas- Jo
4. Arsenal- Macam-macam alasan Wenger... patut kena pecat pasal lama dah takde hasil berbanding Ancelotti... perlukan pertahanan dan penjaga gol yang kental untuk berjaya musim depan, kalau Fabregas belah agak sukar cari pengganti; Pemain Terbaik- Van Persie; Hampas- Almunia.
Seterusnya, banyak sangat team penat den... Lain-lain pemain yang menyerlah- Luis Suarez (Liverpool), Charlie Adam (Blackpool), Baines (Everton) serta Odemwingie (WBA).. West Ham, Blackpool, Birmingham turun divisyen... Pemain dari kelab yang turun divisyen dijangka akan ada di EPL musim depan- Charlie Adam, DJ Campbell, Scott Parker dan Ben Foster.
Kalau ada player yang tak mention mungkin tak sempat aku nak nilai....atau lupa... Tevez memang best...

Wednesday, May 25, 2011

David Beckham kembali ke Manchester United?

Pada 24 Mei 2011, Beckham kembali bermain untuk Manchester United dalam perlawanan menentang Juventus sempena persaraan Gary Neville. Perlawanan tersebut dimenangi Juventus 2-1. Gol MU dijaringkan oleh Rooney yang bermain selama 30 minit.
Macam menari lak..

Sementara itu pencarian penjaga gol menggantikan Van Der Sar berakhir apabila Ferguson mengumumkan David De Gea, 20 sebagai pengjaga gol baru dengan yuran perpindahan dalam lingkungan 16juta pound.

Tuesday, May 24, 2011

Aguero ke Manchester United?

Penyerang Atletico Madrid, Sergio 'Kun' Aguero, 22, dikhabarkan meminta kelabnya menimbang tawaran yang diterima untuk berhijrah ke kelab lain. Menantu Maradona itu dikatakan telah lama ingin berhijrah demi mempertingkatkan mutu permainannya serta peluang memenangi kejohanan besar. Diberitakan beberapa kelab seperti Manchester United, Manchester City, Inter, Chelsea serta Real Madrid berminat untuk mendapatkan khidmat beliau. Namun media Sepanyol kerap mengaitkannya dengan perpindahan ke Real Madrid. Yuran pelepasannya (release clause) ialah 45juta pound. Namun CEO Atletico menyatakan beliau tidak akan menjual Aguero kepada Real Madrid walaupun angka tersebut dapat dipenuhi.

Monday, May 23, 2011

end of season 2011... berakhirnya musim bolasepak 2010/2011

Akhir berakhir musim bola di England, German, Itali dan Sepanyol. Ni ambil kira yang besar je. Di England , Manchester United juara, Chelsea kedua (Ancelotti dipecat!), Manchester City ketiga dan Arsenal keempat. Ini bermakna Arsenal perlu pusingan kelayakan untuk layak ke peringkat kumpulan Liga Juara- Juara. Ada peluang Arsenal jumpa Bayer Munich di peringkat kelayakan. Sementara itu, di Sepanyol, Barcelona mengekalkan kejuaraan dan Real Madrid terus gigit jari.... tapi C Ronaldo menjadi penjaring terbanyak La Liga dan ada khabar angin Mourinho ingin menjualnya kepada Manchester City dengan harga 150 juta pound sterling. Di German Borussia Dortmund juara dan akhirnya di Itali AC Milan juara dengan Inter Milan naib je.... tu la ambil lagi Leonardo jadi jurulatih. Khabarnya Sneijder mungkin berhijrah ke Manchester United.
Okla lain kali akan di beritakan pula 'transfer rumours'.... Gambar Ancelotti tension kalah dengan Everton 0-1 dan kena pecat lepas tu... heeheheheh