Sunday, September 30, 2012

BPL : Man United, Arsenal kalah di tempat sendiri..

Tottenham berjaya mengalahkan Man United di Old Trafford dengan keputusan 3-2.
Jan Vertonghen meraikan gol pertama Spur..
Jan Vertonghen menjaringkan gol di minit ke 2 sebelum Gareth Bale menjadikan kedudukan 2-0 pada 30 minit pertama permainan. Wayne Rooney masuk menggantikan Giggs pada separuh kedua dan terus meningkatkan tempo permainan Man United untuk membuka ruang buat Nani menjaringkan gol pada minit ke 51. Namun Clint Dempsey menjaringkan gol pertamanya buat Spurs pada minit 52. United kembali merapatkan kedudukan kepada 3-2 hasil jaringan Kagawa pada minit 53.. Man United terus menguasai permainan dan melancarkan serangan bertali arus namun gagal mencari gol penyamaan..
Gary Neville mencuka melihat Man United ketinggalan..
Sebelum itu di the Emirates, pendahulu liga BPL, Chelsea terus cemerlang dengan mengalahkan Arsenal 2-1. Pada separuh masa pertama Fernando Torres menjaringkan gol hasil hantaran Juan Mata dan kemudian Gervinho menjaringkan gol sejurus seblum separuh masa tamat. Lapan minit setelah separuh masa kedua bermula, Chelsea kembali didepan hasil sepakan percuma Juan Mata. Arsenal terus menggandakan asakan namun Cazorla dan Giroud banyak kali mensia-siakan peluang.
Man City berjaya mendapatkan 3 mata penuh di Craven Cottage dengan mengalahkan Fulham 2-1 hasil jaringan Aguero dan Dzeko. Liverpool pula berjaya mencatatkan kemenangan sulung apabila menewaskan Norwich 5-2 di Carrow Road. Luis Suarez menjaringkan hattrick buat Liverpool, Gerrard dan Nuri Sahin turut serta sebagai penjaring. Everton terus cemerlang apabila menewaskan Southampton 3-1 di Goodison Park. Gaston Ramirez menanduk masuk untuk Southampton mendahului, namun Leon Osman menyamakan kedudukan sebelum Jelavic menjaringkan 2 gol untuk Everton.
Lain-lain keputusan Stoke mengalahkan Swansea 2-0 hasil jaringan Peter Crouch. Manakala Sunderland mengalahkan Wigan 1-0 hasil jaringan Steven Fletcher.

Sementara itu, Ashley Cole yang enggan menandatangani kontrak baru bersama Chelsea dikhabarkan diintai oleh Paris St Germain....

Friday, September 28, 2012

Milan akhirnya menang di San Siro..

AC Milan akhirnya meleburkan rekod tanpa menang di San Siro untuk kelab Milan iaitu AC Milan dan Inter Milan apabila Rossoneri mengalahkan Cagliari 2-0 hasil jaringan Stephan El Shaarawy pada 27 September. Sebelum ini kedua-dua AC dan Inter menharungi 7 perlawanan di tempat sendiri tanpa menang.
Inter Milan pula menang 2-0 mengatasi Chievo Verona di Bentegodi setelah tewas 2-0 di San Siro ahad lalu kepada kelab tercorot, Siena. Dengan kemenangan ini Iter melonjak ketempat keempat..
Saksikan gol Inter..
Kedudukan terkini top 10 Serie A

Thursday, September 27, 2012

Falcao akan ke Chelsea??


Chelsea dikhabarkan berminat untuk mendapatkan Radamel Falcao daripada Atletico Madrid pada Januari nanti dengan bersedia membayar £45 juta untuk khidmatnya.. Ini mungkin kerana Chelsea melihat hattrick pemain Colombia tersebut ketika kalah kepada Atletico 4-1 dalam perlawanan Euro Supercup Ogos lalu, dan merasakan penyerang Colombia itu amat sesuai menggantikan atau berganding(?) dengan Torres. Falcao sebenarnya baru dibeli Atletico pada akhir musim lalu dari FC Porto dengan yuran £32 juta. Menurut the Sun, Abramovich mahukan ianya selesai sebelum mana-mana kelab lain melakukan ‘counter offer’
Falcao ketika beraksi di Porto..

Sementara itu di England... kelab-kelab liga perdana meneruskan cabaran di Piala Liga dengan Arsenal membenam Coventry 6-1, Man United mengalahkan Newcastle 2-1, West Bromwich tewas kepada Liverpool 1-2 dengan Nuri Sahin menjaringkan 2 gol buat Liverpool.. Sehari sebelumnya Man City tewas 2-4 kepada Aston Villa ditempat sendiri dan Mancini kurang puas hati dengan ref, Paul Lambert.... Di Old Trafford, Rooney membuat penampilan sulung setelah kembali dari kecederaan pehanya..
kesan jahitan peha Rooney.... the Sun
Sementara itu di Kelantan, Kelatan terkandas di suku akhir piala AFC apabila seri 1-1 dengan Arbil (Iraq) dan terkeluar dengan aggregat 2-6...

Friday, September 21, 2012

AFC.. Kelantan tewas 1-5 di Arbil

19 September lalu, Arbil (Iraq) bertemu Kelantan di suku akhir piala AFC. Perlawanan berkesudahan dengan Arbil menang 5-1 di Stadium Francouse Al Hareeri. Pemain Kelantan yang kepenatan akibat perjalanan yang jauh dari Kelantan telah ketinggalan 1-0 hasil jaringan Halkard Mulla Mohammed.
Namun selepas separuh masa kedua Badri Radzi menjaringkan penalti untuk menyamakan kedudukan. Kemudian Amjed Radhi meletakkan Arbil didepan juga melalui penalti. Seterusnya Luay Salah menambah gol Arbil sebelum pemain gantian Salih Sadeer menjaringkan dua gol untuk menjadikan kedudukan 5-1.
Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menyatakan pemain keletihan akibat perjalanan ke Arbil yang memakan masa hampir 30 jam. Namun beliau percaya Kelantan tetap berpeluang pada perlawanan kedua di Malaysia nanti.
Ianya belum berakhir tunggu...

Sunday, September 16, 2012

Kedudukan Liga BPL...dan video penalti tak masuk..

Kedudukan top 10 BPL..
Nampaknya 4 teratas dihuni oleh kelab-kelab biasanya di atas... didahului Chelsea buat masa ini... di mana pula Liverpool....? Check it out..

Berikut pula video  di Man United...
penalti tak masuk..


Statistik di Old Trafford..
Statistik Stoke vs Man City.. Mancini menganggap gol Peter Crouch (Stoke) sebagai jaringan 'basketball' bukan football...


Rooney tweet tak sabar untuk kembali..

Arsenal belasah Southampton 6-1... Man United jaringkan 4 gol...

Arsene Wenger puashati apabila anak buahnya membelasah Southampton 6-1 di Emirates malam tadi. Skuad yang dikatakan akan merindui RVP mula serasi dan permainan Arsenal bertambah lancar. Namun Wenger agak kecewa kerana bolos gol pertama kali. Gol-gol Arsenal dijaringkan 2 gol sendiri Jos Hooiveld (11') dan Clyne (37'), Podolski (31'), Gervinho (35',71') dan Walcott (88'). Manakala Daniel Fox menjaringkan gol saguhati buat Southampton.
Di Old Trafford pula, Manchester United menjaringkan 4 gol di separuh masa kedua untuk membenam Wigan. Sebelum itu pada minit ke 6, Hernandez gagal menjaringkan penalti. Namun pada separuh masa kedua Man United menggandakan usaha dan pemain veteran Paul Scholes memulakan pesta gol pada minit 51. Hernandez pada minit 63, gol menarik Buttner pada minit 66 dan Nick Powell pada minit 82. Van Persie hanya masuk mengganti Scholes pada minit 71.
Sementara itu di Craven Cottage, Fulham mengenepikan cabaran West Bromwich dengan 3 gol melalui Berbatov (32', 46') dan Steve Sidwell (89')..
Keputusan penuh 15 September 2012..
kureng terang.. outstation..

Wednesday, September 12, 2012

Keputusan kelayakan Piala Dunia 2014...WCQ 2014.. England seri ditempat sendiri..

Kelayakan Piala Dunia 2014 pada September 11, 2012 disulami dengan beberapa keputusan menarik..
Gerrard mengasari pemain Ukraine..
Lampard hanya mampu melihat kad merah..

Di Eropah, England seri 1-1 dengan Ukraine di Wembley. Ukraine mendahului hasil jaringan cantik Yevhen Konoplyanka dari luar petak penalti.. Namun pada minit ke 86, Frank Lampard menjaringkan penalti untuk menyelamatkan maruah England bermain di tempat sendiri.. Dua minit sebelum permainan tamat, Steven Gerrard dibuang padang .........

Lain keputusan :
Italy 2 Malta 0; Belgium 1 Croatia 1; Georgia 0 Spain 1; France 3 Belarus 1; Hungary 1 Netherlands 4 ; Austria 1 Germany 2 (Reus, Ozil); Turkey 3 Estonia 0; Montenegro 6 San Marino 0; Poland 2 Moldova 0; Russia 4 Israel 0; Portugal 3 Azerbaijan 0; Serbia 6 Wales 1; Switzerland 2 Slovenia 0; Scotland 1 Macedonia 1; Bosnia 4 Latvia 1; Greece 2 Lithuania 0...
Joachim Liew cemas ketika bertemu Austria..
Marco Reus..penjaring gol pertama Germany..

Di kelayakan untuk zon Asia-
Japan 1 Iraq 0; Uzbekistan 2 South Korea 2; Lebanon 1 Iran 0; Jordan 2 Australia 1...

Amerika Selatan (CONMEBOL) -
Peru 1 (Zambrano) Argentina 1 (Higuain); Chile 1 Columbia 3; Uruguay 1 Ecuador 1; Paraguay 0 Venezuela 2 (Rondon)

Amerika Utara (CONCACAF)
USA 1 Jamaica 0; Guyana 2 El Salvador 3; Mexico 1 Costa Rica 0; Panama 2 Canada 0; Honduras 1 Cuba 0; Antigua 0 Guatemala 1

Sementara itu, Man United menunggu keputusan pemeriksaan R. Van Persie apabila pemain tersebut terpaksa digantikan oleh Huntelaar pada separuh kedua ketia pertemuan dengan Hungary...

Monday, September 10, 2012

BPL, Belgium dan Piala Dunia...

BPL atau Liga Perdana Inggeris mengandung agak ramai pemain daripada Belgium... Pemain seperti Eden Hazard, Fellaini, Vermaelen, Kompany dan Dembele mewarnai hujung minggu BPL... Sebelum ni nama ekspot utama Belgium adalah Jean Claude Van Damme... sapa tak kenal Van Damme..
Berdasarkan skuad kelayakan piala dunia tempoh hari di Cardiff ( Wales 0 Belgium 2), kosnya skuad Belgium tersebut adalah USD226juta... ketiga termahal tapi ranking FIFA Belgium adalah ditangga 40 dibelakang Mali (32) malah skuad Amerika Syarikat pun ditangga ke 33.
 Sudah lebih satu dekad skuad Belgium tidak layak ke kejohanan Piala Dunia. Kali terakhir mereka menyerlah ialah pada tahun 1986 dengan pemain seperti Enzo "little Pele" Scifo  dan Jan Ceulemans, mereka layak ke separuh akhir namun tewas kepada skuad yang diinspirasi Diego Maradona dengan keputusan 2-0. Walaupun skuad terkini agak berbakat namun mereka gagal layak ke Euro 2012.. Terdapat pengkritik bola menyatakan mereka gagal berfungsi sebagai sebuah pasukan dan akibatnya seringkali dibolosi gol mudah dan di minit-minit akhir perlawanan. Selain itu mungkin juga kebanyakan pemain terkini dikembangkan di luar Belgium bukan di kelab-kelab di Liga Jupiter (liga Belgium). Pemain seperti Vermaelen dan Vertonghen bermula di Ajax Academy, Eden Hazard ke Lille pada usia 15 tahun, Kompany mula berkembang bakatnya di Hamburg... Selain itu seperti Perancis sedekad lalu, pemain Belgium agak antarabangsa....Lukaku dari Congo, Fellaini keturunan Maghribi, Dembele (Mali), Witsel (Martinique)... Kompany mampu bertutur dalam lima bahasa....
Kelayakan Piala Dunia 2014 Kumpulan Satu UEFA, Belgium di saingi Croatia, Wales, Scotland, Serbia dan Macedonia... Tunggu September 11, 2012 nanti Belgium akan bertemu Croatia....di Koning Boudewijn Stadion.... kemenangan akan mengesahkan Belgium kembali sebagai pasukan utama di Eropah...kalah? 


Wednesday, September 5, 2012

Michael Owen ke Stoke City..US Open tertangguh...

Owen dan kudanye...ke Stoke plak..
Michael Owen, 32 tahun, menandatangani kontrak setahun untuk bersama Stoke City. Nampaknya tak jadi ler ke Liverpool. Owen yang mempunyai 89 caps bersama England, bermula di Liverpool sebelum berhijrah ke Real Madrid, Newcastle dan Red Devils... Liverpool pula menyatakan yang mereka mempunyai pilihan untuk memanggil semula Andy Carroll yang dipinjamkan ke West Ham pada Januari 2013 nanti....
Owen di Twitter menyatakan .. Stoke adalah antara kelab yang memang ingin disertainya...

Jadual suku akhir US Open Wanita 2012..


Sementara itu US Open tertangguh sementara akibat cuaca hujan lebat yang tak mengizinkan perlawanan diadakan. Namun sebelum itu, Viktoria Azarenka sempat mengalahkan Samantha Stosur 6-1, 4-6, 7-6 untuk mara ke separuh akhir.


Tuesday, September 4, 2012

US Open : Ana akan bertemu Serena

Ivanovic
Ana Ivanovic akan bertemu Serena Williams di suku akhir US Open nanti. Ivanovic mara ke suku akhir Grand Slam pertamanya dalam empat tahun selepas ke suku akhir French Open di 2008. Ivanovic mengalahkan Tsvetana Pironkova (Bulgaria) 6-0, 6-4 dan menempah tempat di suku akhir menentang Serena Williams

Pironkova..
Namun begitu kejutan berlaku apabila Roberta Vinci mengalahkan pilihan ke 2 kejohanan Agnieszka Radwanska 6-1, 6-4 untuk mara ke suku akhir.
Maria Sharapova mengalahkan Nadia Petrova untuk mara ke suku akhir dan bakal bertemu pilihan ke 11 Marian Bartoli..
...sedutan kemenangan Sharapova..


Monday, September 3, 2012

Serie A 2012/13 : Juventus menang lagi... Pazzini hattrik!

Giovinco...bakal lagenda Juventus..
Juventus meneruskan kecemerlangan musim lalu dengan meneruskan rekod tanpa kalah di Serie A dengan kemenangan bergaya 4-1 ke atas Udinese. Kemenangan Juventus dimudahkan lagi apabila penjaga gol Udinese, Zeljko Brkic dibuang padang pada minit ke 14 kerana mengasari Giovinco. Arturo Vidal menjaring penalti tersebut. Lain-lain gol dijaring Vucinic (45'), Giovinco (53' dan 71') dan gol saguhati Udinese melalui Andrea Lazzari (71').
Di San Siro, Inter Milan tewas 1-3 kepada AS Roma. Gol-gol Roma dijaringkan oleh Florenzi, Osvaldo dan Marquinho, manakala Cassano menjaringkan gol Inter.
Di Bologna, AC Milan menewaskan tuan rumah 3-0 hasil hattrick di penampilan sulung Pazzini buat AC Milan. Pazzini berhijrah ke AC Milan dari Inter Milan melalui penukaran pemain dengan Cassano pergi ke Inter. Nampaknya AC Milan lebih beruntung dengan penukaran pemain ini.....
Sedutan gol Pazzini..

Lain-lain keputusan- Lazio 3 Palermo 0; Napoli 2 Fiorentina 1; Sampdoria 2 Siena 1; Catania 3 Genoa 2; Parma 2 Chievo 0; Cagliari 1 Atalanta 1.
Owen dan kudanya...akan kembali ke Liverpool??
... khabarnya Liverpool akan rekrut Michael Owen.... betulke??

C.Ronaldo tidak gembira.....Essien kembali ke pangkuan Mourinho..

Essien gembira kembali di bawah Mourinho..
Real Madrid menang pertama kalinya musim 2012/13 apabila mengalahkan Granada 3-0. Cristiano Ronaldo menjaringkan 2 gol manakala Higuain menjaringkan gol ketiga. Namun Ronaldo menyatakan beliau tidak gembira di Real Madrid atas sebab professional.....hmmm dengan kelab atau Mourinho? Sementara itu Michael Essien on-loan di Real Madrid untuk satu musim... mungkin untuk menambahkan 'muscle' ke skuad yang dianggotai pemain-pemain yang kreatif...
Sedutan Real Madrid 3 Granada 0

Adriano pula menjaringkan gol untuk membantu Barcelona mengalahkan Valencia 1-0. Athletic Bilbao menang 2-0 ke atas Valladolid untuk kemenangan pertama mereka. Levante pula mengalahkan Espanyol 3-2.

BPL: Arsenal menang, RVP hattrick!...video

..RVP n Welbeck..
Manchester United mengatasi Southampton 3-2 di St.Mary's. Namun, Southampton dua kali mendahului Man Utd tetapi hattrick RVP meranapkan impian Southampton. Malah RVP gagal menjaringkan penalti pada minit ke 69 apabila cuba lakukan 'chip' untuk penalti tersebut.. Gol Southampton - Lambert (16'), Schnerderlin (55'); Man Utd - RVP (23', 87' dan 90')..
Gol pertama RVP...

Sementara, di Anfield, Liverpool masih gagal mendapat mata penuh apabila tewas 0-2 kepada Arsenal hasil jaringan Podolski dan Cazorla.. Saksikan highlight di bawah..
Lain-lain keputusan - Newcastle 1 (Ben Arfa) Aston Villa 1 (C.Clark); West Ham 3 (Nolan, Reid, Taylor) Fulham 0; Swansea 2 (Routledge, Michu) Sunderland 2 (Fletcher); WBA 2 (Long, McAuley) Everton 0; Tottenham 1 (Dembele) Norwich 1 (Snodgrass); Man City 3 (Y.Toure, Tevez, Dzeko) QPR 1 (Zamora); Wigan 2 Stoke 2

Saturday, September 1, 2012

Football Transfer Dateline...Siapa dapat siapa...

31 Ogos meruapakan tarikh akhir perpindahan pemain bolasepak liga-liga utama Eropah sebelum dibuka semula pada Januari nanti. Antara yang menarik minggu ini Andy Carroll (Liverpool ke West Ham, pinjam aje..), Maicon (Inter Milan ke Man City, 3 juta), R.Van Der Vaart (Tottenham ke HSV Hamburg, 10juta p), Berbatov (Man United ke Fulham, 5 Juta) dan Clint Dempsey (Fulham ke Liver... Tottenham Hotspur)...

Andy Carroll..bahagia bersama Hammers..
Pendapat Big Sam tentang perpindahan 'on-loan' Andy Carroll..

Lain-lain perpindahan minggu ini...
Aston Villa-Cristian Benteke (7 juta)
Chelsea- Victor Moses (9j), Azpilicueta (8j)
Everton- Kevin Mirallas (5.3j)
Man City- Javi Garcia (16j), Matija Nastasic (12j+Savic), Scott Sinclair dari Swansea







QPR- Esteban Granero (9j dari Real Madrid), Stephane Mbia
Southampton- Gaston Ramirez (12j...impressive)
Stoke- Charlie Adam (4j)
Swansea- Pablo Hernandez (5.5j dari Valencia)
Tottenham- Hugo Lloris (15j), Moussa Dembele (15j)
..nampaknya Man United dan Arsenal tidak menambah lagi pemain di minggu ini...mungkin telah puas hati dengan pemain yang diperolehi atau gagal mendapat pemain yang sesuai...

Perlawanan minggu ini... mungkin ada muka baru yang buat penampilan sulung...tunggu..

Sementara itu di Super Cup Eropah, Chelsea tewas 1-4 kepada Atletico Madrid malam tadi. Atletico mendahului di minit ke 9 hasil jaringan Radamel Falcao. Falcao kemudian menjaringkan 2 gol lagi pada minit 19 dan 45. Satu lagi gol dijaringkan Miranda (60'). Gol saguhati Chelsea dijaringkan Gary Cahill pada minit ke 74..