Wednesday, April 30, 2014

Real Madrid ke final Champion League 2014 (video inside).. kalahkah Munich 4-0!!

Real Madrid melangkah bergaya ke final UCL 2014 setelah menumpaskan Bayern Munich 4-0 di Allianz Arena, Munich malam tadi untuk aggregat 5-0. Gol-gol Madrid dijaringkan Ramos (2) dan Cristiano Ronaldo (2). Satu lagi perlawanan membabitkan Chelsea dan Atletico Madrid di Stamford Bridge berkesudahan Atletico menempahkan tiket final di Lisbon pada 24 Mei 2014 untuk bertemu Real Madrid... Siapa yang menang piala tetap akan berkesudahan di Madrid!

Video Bayern Munich 0 Real Madrid 4
Video Real Madrid 1 Barcelona 0
Video Chelsea vs Atletico Madrid


Tuesday, April 22, 2014

Moyes Dipecat...Man United lantik Giggs sebagai pengganti sementara..

Moyes was my chosen one......I'm sad...

Moyes dipecat sebagai pengurus Manchester United hari ini... Moyes yang menggantikan Alex Ferguson dengan kontrak enam tahun dikhabarkan dipecat setelah pihak pengurusan tidak berpuashati dengan prestasi pasukan bimbingannya musim ini. 
Rekod David Moyes di Manchester United...
Menang 27 Seri 9 Kalah 15 ..... di Liga BPL Menang 17 Seri 6 Kalah 11....
Rekod kemenangan 5-0 mengalahkan Bayer Leverkusen di Leverkusen... Rekod kalah.. 1-4 kepada Man City... 0-3 kepada Liverpool..........
Lain-lain rekod..
Kali pertama Everton mengatasi Man United di Old Trafford dan Goodison Park dalam satu musim... Liverpool pun sama... kali pertama kalah di Old Trafford kepada Swansea...Bolos pada minit pertama dalam perlawanan EPL err kepada City (Dzeko).... dan macam2 lagi rekod...
Sepatutnya Man United bagila peluang lagi semusim atau dua musim ke...khabarnya Louis Van Gaal atau Jurgen Klopp akan dilantik selepas Piala Dunia 2014....
Den tak kisah... Liverpool no 1!!



Wednesday, April 16, 2014

Carta Terkini Liga Super Malaysia 2014 ... terkini pada 16 April 2014

Carta terkini Liga Super setelah Perak tewas 0-1 kepada JDT di Stadium Perak hingga berlaku kekecohan manakala Sime Darby menewaskan Kelantan 4-0 menyebabkan jurulatih Kelantan, Steve Darby dipecat....


Carta Liga BPL ~16 April 2014

Kedudukan terkini BPL setelah Arsenal menewaskan West Ham 3-1....

Thursday, April 10, 2014

UCL 2014 - Bayern Munich, Atletico Madrid, Chelsea dan Real Madrid layak ke separuh akhir..

Chelsea layak ke separuh akhir setelah menewaskan PSG 2-0 di tempat sendiri untuk aggregat 3-2. Real Madrid pula tumpas 0-2 kepada Dortmund namun layak dengan aggregat 3-2. Di Munich pula Bayern Munchen menewaskan Man United 3-1 (agg 4-2) untuk layak. Barcelona pula tumpas di Madrid kepada Atletico hasil jaringan Koke pada minit ke 5... Musim 2013/2014 adalah kosong buat peminat Manchester United...........

Video Bayern Munich 3 Man United 1

Video Atletico Madrid 1 Barcelona 0

Thursday, April 3, 2014

Wednesday, April 2, 2014

AFC 2014 Selangor 3 Hanoi 1

Selangor berjaya meleburkan rekod tanpa kalah Hanoi T&T apabila menewaskan mereka 3-1 hasil jaringan hattrick Paulo Rangel. Semua gol dijaringkan pada separuh masa pertama.
Video Selagor vs Hanoi

Paulo Rangel


UCL 2014 Barcelona 1 Atletico Madrid 1.... Man United 1 Bayern Munich 1.. video inside

Suku akhir pertama Liga Juara-juara berkesudahan Barcelona seri 1-1 dengan Atletico Madrid di Nou Camp. Atletico mendahului hasil rembatan Diego Ribas (56") dan Neymar menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 71 hasil hantaran Iniesta..
video Barcelona vs Atletico

Sementara itu di Old Trafford, Manchester United seri 1-1 dengan Bayern Munich. Gol United dijaringkan Nemanja Vidic manakala Bayern menyamakan kedudukan melalui Bastian Schweinsteiger...