Friday, July 29, 2011

Harimau mengalah pada Singa...

Singapura layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia setelah seri 1-1 dengan Malaysia... Anyway thanks to Khairul Fahmi... kalu tidak lagi banyak bolos.... maybe 2018 punya kelayakan Harimau Malaya akan mengaum.. aum..................

Monday, July 25, 2011

Copa America- Uruguay Juara 2011

Uruguay meneruskan persembahan cemerlang di Piala Dunia dengan menjuarai Copa America 2011 dengan bergaya apabila menewaskan Paraguay 3-0. Paraguay merupakan pasukan yang layak ke final tanpa menang mana-mana perlawanan dam 90 minit tetapi Uruguay menunjukan mutu permainan sebenar mereka.Gol-gol  Uruguay dijaring Suarez (11') dan Forlan (41' ,89').                                                                                  


Singapura 5 Malaysia 3 - Harimau dibaham Singa

Pada 23 Julai 2011 yang lalu di Jalan Besar, Singapura telah menjaring 5 gol berbalas 3. Malaysia menjaringkan gol dahulu pada minit pertama melalui Safee Sali. Selepas itu Singapura menjaringkan empat gol melalui Duric (7'), Qiu Li (22'), Mustafic Fahruddin (44') dan Yi Shi (46'). Pada separuh masa kedua Safiq Rahim dilayang kad merah pada minit ke 50 dan pemain Singapura pula dibuang padang pada minit 55. Malaysia mula meningkatkan rentak dan berhasil menjaring dua gol melaui Hadi(70') dan Safee Sali (71'). Namun seperti biasa kelonggaran pertahanan Malaysia serta kelemahan penjaga gol (Sharbinee) menyebabkan Duric mudah menjaringkan gol pada minit 82 untuk keputusan 5-3.
gol kedua Singapura....

Sementara itu Safiq Rahim percaya pasukan Malaysia masih berpeluang pada perlawanan kedua di Bukit Jalil pada 28 Julai nanti walaupun beliau tidak bermain. Beliau juga berharap peminat Harimau Malaya akan memberikan sokongan pada untuk Malaysia menang dengan kelebihan dua gol.
Aku harap Sharbinee tak diturunkan dan pertahanan lebih fokus serta kental.....


gol2 dr youtube...

Friday, July 22, 2011

Gambar peminat di Copa America

Peminat bola di Amerika Selatan biasanya memang menarik tak kira di Copa ataupun Piala Dunia. Kadangkala agak keterlaluan juga seksinya.....huhu...

Copa America 2011

Copa America di Argentina kali ini agak mengejutkan dimana dua gergasi bolasepak iaitu Brazil dan Argentina gagal mara ke separuh akhir. Venezuela pula membuat kejutan apabila mara ke separuh akhir sebelum tewas pada Paraguay melalui penetuan penalti. Juara akan ditentukan oleh Uruguay dan Paraguay.
Penjaga gol Paraguay meraikan kemenangan ke atas Venezuela

Wednesday, July 20, 2011

Berbatov kekal di Man Utd... Sneijder??

Setelah mendapatkan Ashley Young, De Gea dll, Alex menyatakan Berbatov akan kekal di Man United dan akan berusaha untuk mendapat kembali tempat dalam skuad utama.Beliau juga menyatakan tidak biasa memilih skuad yang sama untuk setiap perlawanan. De Gea juga diingatkan perlu berusaha untuk menjadi penjaga gawang utama setiap perlawanan.Alex juga menyatakan beliau tidak akan membeli Sneijder tetapi mengakui bahagian midfield perlu diperkuatkan sejak persaraan Scholes. Dia menekankan akan mendapatkan pengganti jika pengganti yang sesuai ditemui. Yeah.. Berba kekal utk jadi super sub??
Sementara itu Man City mahu kelab yang mahukan khidmat Tevez supaya tunjukkan dulu kemampuan kewangan mereka... pendek kata " show me the money". Balotelli pula menyatakan City tidak perlu Tevez kerana ramai lagi boleh mengisi kekosongan tersebut. Dia juga menyatakan musim akan datang akan menyaksikan lebih aksi dan lebih gol darinya............