Friday, December 28, 2012

Lewandowski ke Manchester United pada Jun 2013...?

Robert Lewandowski diberitakan akan berhijrah ke Old Trafford pada penghujung musim 2012/13. Manchester United dikhabarkan akan membayar yuran perpindahan £ 18 juta kepada Borussia Dortmund. Lewandowski juga mungkin menerima gaji £ 80,000 seminggu. Kontraknya di Dortmund dijangka akan tamat pada hujung musim 2013/14 tapi dia enggan menandatangani kontrak baru menyebabkan kelab German tersebut bersetuju untuk melepaskannya ke United... Jika benar Lewandowski akan kembali bergandingan dengan Kagawa di United sepertimana di Dortmund di musim 2011/12 yang menyaksikan Dortmund jadi juara berganda...tungguuuu....

Thursday, December 27, 2012

BPL 2012/13 : Man City kalah, Man United manfaatkan 'Fergie Time'... vidz..

Roberto Mancini kecewa apabila Man City banyak mempersiakan peluang walaupun menguasai permainan apabila tumpas 0-1 kepada Sunderland hasil jaringan bekas pemain Man City iaitu Adam Johnson yang gagal diselamatkan Joe Hart pada minit 53. Mungkin emosi pemain City masih lagi mood Krismas. Di Old Trafford pula, gol Hernandez di minit-minit akhir perlawanan membolehkan Man United mendapat 3 mata penuh dengan kemenangan 4-3 ke atas Newcastle United. Newcastle mendahului melalui James Perch (4') sebelum Jonathan Evans menyamakan kedudukan diminit ke 25 dan Evans kembali meletakkan Newcastle dihadapan di minit ke 28. Separuh masa kedua Man United meledakan 3 gol melalui Evra (58'), Van Persie (71') dan Hernandes (90'++). Gol ketiga Newcastle dijaringkan Demba Cisse diminit ke 68.....
Sunderland vs Man City
 Chelsea pula makin merapatkan kedudukan dengan Man City apabila menang 1-0 keatas Norwich hasil jaringan Juan Mata. Everton pula atasi Wigan 2-1 di Goodison Park hasil jaringan Leon Osman dan Phil Jagielka. Aston Villa di belasah di tempat sendiri 0-4 oleh Tottenham Hotspur melalui jaringan Defoe dan hattrick Gareth Bale. Liverpool tewas kepada Stoke City 3-1 walaupun mendahului melalui Steven Gerrard di minit kedua. Stoke membalas melalui 2 gol Jonathan Walters dan Kenwyne Jones. Lain lain keputusan; Fulham 1 Southampton 1; QPR 1 WBA 2; Reading 0 Swansea 0
Chelsea vs Norwich

Monday, December 24, 2012

La Liga 2012/13... Real Madrid kalah lagi.. Barcelona menang je...

Casillas merenung nasib...dari Soccernet
Real Madrid kalah 2-3 kepada Malaga di La Rosaleda dan pada masa yang sama Casillas memanaskan bangku simpanan buat pertama kali dalam tempoh 10 tahun. Mourinho mempertahankan tindakan menurunkan penjaga gol simpanan Antonio Adan dengan menyatakan ia atas sebabk teknikal. Tetapi ada menyatakan hubungan Mourinho dan Casillas telah 'kurang mesra' sejak minggu pertama lagi apabila para pemain mahu Casillas selaku kapten memberitahu Mourinho yang mereka kurang gemar dengan polisi malam sebelum perlawanan pemain berkumpul dihotel bukan dirumah dengan isteri dan anak-anak. Jawapan Mourinho kepada Casillas...." kau dah kahwin ker? ada anak?" lebih kurang macam tu le...ceritanya... betul atau tidak tanya diaorang sendiri ler...
Malaga vs Real Madrid..
Sementara itu, Barcelona menjarakkan kedudukan mereka kepada 16 mata apabila mengalahkan Real Valladolid 3-1, dengan Messi jaringkan golnya yang ke 91 di tahun 2012..
Real Valladolid vs Barcelona.


kedudukan La Liga 23 Dec 2012..

Liverpool vs Fulham.. Highlight vids..

Liverpool mengalahkan Fulham 4-0 di Anfield dan Stewart Downing amat menyerlahkan.. mungkin risau dijual Januari nanti memotivasikan Downing.. hanya masa menentukan sama ada Downing dapat kekalkan prestasinya.. Statistik perlawanan..
Liverpool vs Fulham.. vids
Lain- lain keputusan ..

Terkini BPL 2012/13... Chelsea membelasah Villa 8-0.. Man United seri..video

Chelsea membelasah Aston Villa 8-0 di Stamford Bridge untuk naik ke tangga ke 3 BPL. Gol-gol Chelsea dijaringkan Torres (3'), David Luiz (29'), Ivanovic (34'), Lampard (58'), Ramires (75', 91'), Oscar (pen 79') dan Eden Hazard (83'). Manchester United pula hanya mampu seri 1-1 dengan Swansea dan Alex Ferguson mahu pertahanan Swansea, Ashley Williams digantung perlawanan kerana membahayakan RVP.. bagaimana? lihat sedutan dibawah...
Harry Redknapp pula menyatakan ramai pemain QPR mendapat gaji yang terlalu tinggi setelah tewas 0-1 kepada Newcastle. Man City pula menang 1-0 mengatasi Reading hasil tandukan Gareth Barry di minit-minit akhir perlawanan. Everton pula menewaskan West Ham 2-1 di Upton Park..dan masing-masing kehilangan pemain akibat dilayangkan kad merah...
West Ham vs Everton ..Gol West Ham.
Gol Everton

Thursday, December 20, 2012

Undian UCL 2012/13...Cristiano Ronaldo kembali ke manchester United..


Undian UEFA Champions League pusingan kedua 16 pasukan telah diputuskan... berikut undiannya
1- Manchester United vs Real Madrid - Buat pertama kalinya C.Ronaldo akan kembali ke Old Trafford setelah perpindahannya ke Madrid pada tahun 2009. Kali terakhir mereka bertemu ialah di peringkat separuh akhir UCL 2002/03 dimana Ronaldo menjaringkan hattrick namun United kecundang aggregat 4-3... Kegagalan Real Madrid di peringkat ini mungkin akan menyebabkan Mourinho hilang kerja....... Jangkaan - Real Madrid ke suku akhir...jika Ronaldo menyerlah..
2- Arsenal vs Bayen Munich - Arsenal mungkin ingin menebus cabaran BPL yang kian malap dengan bermain baik di peringkat Eropah. Namun naib juara UCL lalu, Bayern bertekad musim 2012/13 ini ialah musim mereka menyinar... Jangkaan - Bayern ke suku akhir..semestinya
3- AC Milan vs Barcelona - pertemuan gergasi bolasepak Eropah.. Rekod 10 tahun kebelakang menunjukkan kedua-dua pasukan menang lima kali UCL.. Namun Barcelona mempunyai Messi yang sedang hangat menjaringkan gol setiap perlawanan, sementara Milan kelihatan dalam transisi pembinaan dengan skuad dibarisi ramai pemain muda berbakat... Pilihan- Barcelona mara ke suku akhir...dengan syarat Messi kekal cergas..
4- Shakhtar Donetsk vs Borussia Dortmund - Juara 4 kali berturut di Ukraine di barisi skuad yang dibarisi pemain yang telah lama bersama. Namun Dortmund pernah menjadi juara Eropah lebih konsisten dan disiplin.. ditentukan penentuan penalti... Dortmund layak..
5- Valencia vs Paris St.Germain - PSG perlu buktikan di Eropah setelah berbelanja besar...Ibrahimovic pula perlukan liga juara yang tak pernah dimenanginya....Valencia pula tidak dianggap pilihan ... peluang untuk PSG, jika gagal Ancelotti akan ucapkan adios kepada kota Paris..
6- Celtic vs Juventus - Atas kertas nampaknya pendahulu Serie A mendapat lawan mudah. namun peringkat kalah mati apapun boleh jadi.. Pirlo akan jadi penentu disamping rekod cemerlang Juventus di Eropah... Juventus lakan layak..
7- Galatasaray vs Schalke 04 - Dua pasukan yang musimnya agak kontras... Galatasaray pendahulu liga Turkey manakala Schalke terus merosot di Bundesliga... Burak Yilmaz jika on-form akan membawa Galatasaray ke peringkat suku akhir...
8- Porto vs Malaga - dua pasukan yang dipenuhi pemain berpotensi...Isco (Malaga) dan Rodriguez (Porto) sedang diperhatikan oleh kebanyakan kelab-kelab gergasi...Rasanya Malaga akan mara........
Perlawanan akan diadakan antara Feb 12, 2013 dan March 12,2013...

Tuesday, December 18, 2012

Serie A 2012/13.. Juventus terus unggul..

Juventus mengukuhkan kedudukan di persada Serie A apabila menewaskan Atlanta 3-0 melalui jaringan Vucinic, Pirlo dan Marchisio. Jurulatih Napoli, Walter Mazzari percaya Juventus akan menjuarai Serie A musim ini setelah skuad Napoli dikejutkan Bologna 2-3 di Sao Paolo...Internazionale juga tewas kepada Lazio 0-1 di Olimpico..
Sedutan Juventus vs Atlanta..
Kedudukan Top Ten Serie A

Darul Takzim FC.. pesaing Kelantan TRW?


Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan para pemain DTFC bahwa mereka perlu bermain sepenuh hati bukan ambil gaji dan berehat. Skuad yang dibarisi Daniel Guiza, Mat Yo, Safee Sali dan lain-lain dijangka akan memberi cabaran kepada juara treble Kelantan musim depan..ye ke?.... Kita tunggu aje bila musim mula nanti, takde le LionsXII je yang beri cabaran... Dengan ramai bintang DTFC perlu julang sekurang-kurangnya satu piala.... Kita tungguuuuu... pasukan-pasukan lain pun perlu mantapkan permainan...baru meriah liga Super...

La Liga : Messi terus mengganas, Real Madrid seri aje..

Messi menambahkan 2 gol lagi tahun ini apabila membantu Barcelona menewaskan Atletico Madrid 4-1 kelmarin di Stadium Nou Camp. Atletico terlebih dahulu didepan hasil jaringan penyerang sensai terkini Radamel Falcao pada minit ke 31. Setelah itu Barca membalas menerusi Adriano (36'), Busquet (45') dan Messi (57' dan 88') untu keputusan 4-1.. Real Madrid pula hanya mampu seri 2-2 dengan Espanyol di Bernabeu dan Mourinho merasakan agak sukar untuk mengejar kedudukan Barcelona disamping menyatakan Modric tidak konsisten ... mungkin belum serasi lagi...atau ramai dah star di Real Madrid? Tapi pendapat aku, Modric mungkin lebih sesuai di Serie A.. ganti Sneijder di Inter Milan?
Sedutan Barcelona vs Atletico Madrid
Kedudukan terkini La Liga..
Sedutan Real Madrid vs Espanyol

Cazorla hadiahkan hattrick buat Wenger..kedudukan terkini BPL

Arsenal naik tangga ke 5 BPL setelah mengalahkan Reading 5-2 malam tadi. Gol-gol Arsenal dijaringkan Podolski (14'), Cazorla (32', 34', 60') dan Theo Walcott (80'). Manakala Reading cuba bangkit tapi hanya mendapat 2 gol melalui Le Fondre (66') dan Jimmy Kebe (71')..
Highlights Arsenal vs Reading..
Top Ten terkini BPL 2012/13 pada 18 Dec 2012..

Juara Kelab Dunia 2012 .. Corinthians..

Luiz sedih betol...
Rafa Benitez terlepas untuk memenangi piala pertamanya bersama skuad Chelsea apabila tewas 0-1 kepada Corinthians...juara Amerika Selatan daripada Brazil....
Gol Corinthians..

Sunday, December 16, 2012

Keputusan BPL 2012/13: Man United terus menang, Liverpool tewas di Anfield...(video)


Kedua-dua kelab Manchester mencatatkan kemenangan 3-1 keatas lawan masing-masing. Man City merapatkan jurang buat sementara apabila menewaskan Newcastle United 3-1 di St James' Park melalui jaringan Aguero, Javi Garcia dan Yaya Toure dalam perlawanan awal. Newcastle mendapat gol melalui Demba Ba, namun gagal menambah jaringan walaupun banyak peluang di separuh masa kedua. Di Old Trafford pula Man United menewaskan Sunderland 3-1 hasil penyudah R.Van Persie, Tom Cleverly dan Wayne Rooney. Gol saguhati Sunderland dijaringkan Frazier Campbell.
Gol-gol Man United...
Di Anfield pula Liverpool tewas 1-3 kepada Aston Villa. Villa mendahului 3-0 hasil 2 jaringan Benteke dan satu dari Weimann sebelum Gerrard mandapatkan gol saguhati buat Liverpool diminit-minit akhir perlawanan. Brendan Rodgers perlu imbau kembali kenyataannya pada Jumaat lalu iaitu Liverpool sasarkan tangga kedua BPL di penghujung musim, jika diamati silap-silap layak ke Europa League pun tidak... Sementara tu di Loftus Road, QPR menang kali pertama musim ini apabila 2 gol Taarabt mencukupi untuk menewaskan Fulham 2-1.
Keputusan 15 Disember 2012..
 Kedudukan terkini Top Ten BPL pada 15 December 2012

Friday, December 14, 2012

AFF Suzuki Cup 2012: Thailand 2 Malaysia 0 (Agg 3-1)


Thailand mengesahkan tempat ke perlawanan akhir AFF Suzuki Cup 2012 apabila mengalahkan Malaysia 2-0 di Supachalasal Stadium,  Bangkok untuk aggregat 3-1 setelah seri 1-1 di Malaysia Ahad lalu. Separuh masa pertama berkesudahan 0-0 namun Malaysia kehilangan pemain pertahanan setelah Fadhli Shas dibuang padang gara-gara 'berbual-bual' dengan pemain Thailand, Datsakorn. Datsakorn dikenakan kad kuning. Separuh masa kedua Thailand terus mengasak dan berhasil menjaringkan gol diminit ke 59 melalui Teerasil. Pada minit ke 64 Theerathon menjaringkan gol kedua Thailand untuk mereka layak ke perlawanan akhir buat kali ke 6 dan akan bertemu Singapura..

Thursday, December 13, 2012

AFF Suzuki Cup 2012~ Singapura 1 Filipina 0


Di Stadium Jalan Besar, Singapura mengesahkan kehadiran ke perlawanan akhir apabila menewaskan Filipina 1-0 hasil jaringan Khairul Amri pada minit ke 19.Gol tersebut dibantu hasil sepakan percuma Shahdan yang diambil dengan pantas menyebabkan pertahanan Filipina kurang bersedia dan Amri yang langsung tidak dikawal melepaskan rembatan kaki kanan yang gagal ditepis penjaga gawang Filipina, Eduard Sacapano. Pertahanan Filipina terus goyah namun Singapura gagal menambah jaringan untuk kedudukan aggregat kekal 1-0 hingga tamat permainan..

Tuesday, December 11, 2012

Messi atasi Pele, Gerd Muller, terbaik sepanjang 2012..

Lionel Messi, 25 tahun mengatasi rekod Gerd Muller (85 gol) dengan menjaringkan 86 gol setelah menjaringkan dua gol ketika Barcelona menang 2-1 ke atas Real Betis. Messi berpeluang menambah lagi jaringan tersebut kerana Barca ada 3 perlawanan lagi sebelum penghujung 2012 . Ronaldo pun takde peluang nak atasi.....
Saksikan Messi 2 Real betis 1
Kedudukan liga BBVA
 Senarai Gol-gol Messi sepanjang 2012 setakat hari ini...
La Liga 56 gol
Champions League 13 gol
Copa del Rey 3 gol
Spanish Super Cup 2 gol
Kelayakan Piala Dunia 5 gol
Perlawanan persahabatan (Argentina) 7 gol..

Monday, December 10, 2012

Man City vs Man United - RVP pastikan United kekal di persada BPL..







Manchester United menewaskan Manchester City 3-2 di Stadium Etihad dengan RVP menjaringkan gol kemenangan melalui sepakan percuma di minit akhir perlawanan. Manchester mendahului 2-0 di separuh masa pertama hasil 2 jaringan Wayne Rooney. Di separuh masa kedua City menguasai permainan dan berhasil menyamakan kedudukan melalui Yaya Toure dan rembatan luar petak oleh Zabaleta... Namun RVP berjaya menjaringkan gol hasil sepakan percuma setelah Rafael dikasari Tevez.. Setelah itu suasana agak tegang apabila Ferdinand mengalami luka akibat lemparan syling yang didakwa daripada penyokong Man City..
Highlights..

Saksikan lagi freekick RVP..

AFF 2012 - Malaysia vs Thailand








Pusingan pertama separuh akhir AFF Suzuki Cup 2012 antara Malaysia dan Thailand berkesudahan seri 1-1 malam tadi. Gol Harimau Malaya dijaringkan Norshahrul Idlan Talaha hasil hantaran Mahalli Jasuli pada awal separuh masa kedua. Thailand membalas melalui tandukan Teerasil hasil hantaran Piyaphon. Safee Sali mempunyai peluang menambah gol namun tandukan tepat kearah penjaga gol Thai- Kawin... Thailand akan bertemu dengan Malaysia di Bangkok untuk penetuan siapa akan ke finale... Sementara itu pada hari Sabtu, Filipina seri 0-0 dengan Singapura..
Video Malaysia vs Thailand..






Sunday, December 9, 2012

BPL 2012/13: Chelsea menang 3-1, Benitez lega..lain-lain keputusan ..


Di Stadium of Light, Sunderland tumpas 1-3 kepada Chelsea. Ini merupakan kemenangan pertama Chelsea di BPL sejak Benitez menjadi pengurus dan Torres pula menjaringkan 2 gol untuk menamatkan kemarau golnya di BPL. Arsenal pula menang 2-0 di Emirates mengatasi West Bromwich hasil 2 penalti Mikel Arteta. Penalti pertama dilanda kontroversi kerana diberikan setelah Cazorla jatuh tanpa disentuh Steven Reid. QPR pula membuat rekod 16 kali tanpa menang di BPL apabila seri 2-2 dengan Wigan. Swansea pula tumpas ditempat sendiri 3-4 kepada Norwich walaupun Michu menjaringkan 2 gol buat Swansea. Aston Villa dan Stoke City berkongsi mata setelah terikat 0-0.

Gol pertama -Sunderland vs Chelsea
Lagi gol-gol Chelsea
gol saguhati Sunderland

Friday, December 7, 2012

UEFA Europa League: Liverpool dan Spurs menang..AVB tak puas hati..

Liverpool layak kepusingan seterusnya setelah mengalahkan Udinese 1-0 hasil jaringan Jordan Henderson. Tottenham Hotspurs pula layak setelah mengalahkan Panathinaikos 3-1 di White Hart Lane. AVB pula meluahkan rasa tak puas hati kerana pasukan tempat ketiga peringkat kumpulan UCL layak ke pusingan kalah mati piala Europa menyebabkan Europa menjadi kurang prestij. Beliau berpendapat pasukan yang gagal di Champions League tak perlu diberikan peluang di Europa League.
Senarai pasukan yang layak ke pusingan kedua Europa League..
Pasukan daripada Champions League..
Sedutan Udinese vs Liverpool
Sedutan Tottenham Hotspur vs Panathinaikos

UCL 2012/13.. Arsenal, Man City dan Man United Kalah.. Man Citeh out..


Manchester United tewas 0-1 kepada CFR Cluj namun tetap layak ke pusingan seterusnya. Luis Alberto menjaringkan gol buat Cluj namun gagal membantu Cluj layak apabila Galatasaray menewaskan Braga 2-1. Di kumpulan D, Manchester City tumpas 1-0 kepada Dortmund dan duduki tangga terbawah walaupun Ajax tewas 1-4 kepada Real Madrid. Arsenal pula duduki tangga kedua kumpulan B walaupun tewas 2-1 kepada Olympiakos.. Juara bertahan Chelsea membelasah Nordsjaelland 6-1 namun tetap tak layak setelah Juventus menewaskan Shakthar Donetsk 1-0..
Video Arsenal kalah..

Video Man City kalah..

Senarai pasukan layak kepusingan kalah mati..
Kumpulan A : Paris St Germain dan FC Porto
Kumpulan B: Schalke 04 dan Arsenal
Kumpulan C: Malaga dan AC Milan
Kumpulan D : Borussia Dortmund dan Real Madrid
Kumpulan E: Juventus dan Shakhtar Donetsk
Kumpulan F: Bayern Munich dan Valencia
Kumpulan G: Barcelona dan Celtic
Kumpulan H: Manchester United dan Galatasaray
Bold adalah juara kumpulan...

La Liga BBVA : Real Madrid vs Atletico Madrid (video)

Mesut Ozil menjaringkan gol kedua..
Atletico Madrid gagal memberikan saingan kepada Real Madrid apabila tumpas 2-0 di Bernabeu. Radamel Falcao gagal menyerlah di perlawanan tersebut.. Cristiano Ronaldo menjaringkan gol pertama melalui sepakan percuma dan membuat hantaran untuk Mesut Ozil menjaringkan gol kedua..
Gol Ronaldo.
Gol Ozil.
Kedudukan Liga BBVA..
Senarai Penjaring Liga
Gol Messi atau Gol sendiri....?
lain-lain keputusan..

Saturday, December 1, 2012

AFF Suzuki Cup 2012 : Malaysia vs Indonesia 2-0 ..video

Di Stadium Bukit Jalil, Malaysia berjaya menewaskan Indonesia 2-0 seterusnya layak ke separuh akhir AFF Suzuki Cup 2012 untuk bertemu dengan skuad Thailand. Gol-gol Harimau Malaya dijaringkan pada separuh masa pertama oleh Azimuddin dan Mahalli Jasuli.  Manakala di Stadium Shah Alam, Singapura menewaskan Laos 4-3 untuk layak ke separuh akhir dan bakal bertemu skuad Filipina.
Video gol Harimau Malaya...




Jadual Separuh Akhir...