Friday, October 17, 2014

Piala Malaysia 2014 Separuh Akhir... pasukan yang layak..

Felda United akan bertemu JDT manakala Kedah akan berentap dengan Pahang dalam separuh akhir ediasi Piala Malaysia 2014...

Sedutan suku akhir kedua JDT vs Terengganu ,,





Tuesday, September 2, 2014

EPL 2014- Perpindahan pemain....

Perpindahan pemain musim 2014/2015 mengikut kelab...... memang ada yang mengejutkan... kelab-kelab besar aje...

ARSENAL
masuk- Alexis Sanchez (Barcelona-30 juta), Calum Chambers (Southampton-12 juta), Debuchy (Newcastle-10 juta), David Ospina (Nice) dan Danny Welbeck (Manchester United- 16 juta) ;
keluar- Thomas Vermaelen (Barcelona-15 juta)....

CHELSEA
masuk- Cesc Fabregas (Barcelona- 30juta), Diego Costa (Atletico-32 juta), Filipe Luis (Atletico-16 juta), Loic Remy (QPR-8 juta), Drogba free...
keluar- David Luiz (PSG-50 juta), Romelu Lukaku (Everton-28 juta), Demba Ba (Besiktas-8juta), Ashley Cole (AS Roma- 1.5 juta)

EVERTON
masuk- Romelu Lukaku (Chelsea), Gareth Barry (Man City), Samuel Eto'o, Muhamed Besic (Ferencvaros- 4 juta)

LIVERPOOL
masuk- Adam Lallana (Southampton- 28 juta), Lazar Markovic (Benfica-20 juta), Mario Balotelli (AC Milan-16 juta), Alberto Moreno (Sevilla-12 juta), Rickie Lambert (Southampton-4 juta), Dejan Lovren (Southampton-20 juta), Divock Origi (Lille-10 juta)
keluar- Luiz Suarez (Barcelona-75 juta), Pepe Reina (B.Munich-2 juta), Martin  Kelly (Crystal Palace-1.5juta)

MANCHESTER CITY
masuk- Eliaquim Mangala (Porto- 32 juta), Fernando (Porto- 12 juta), Willy Cabalero (Malaga-6 juta)
keluar- Javi Garcia (Zenit 13 juta)

MANCHESTER UNITED
masuk- Angel Di Maria (Real Madrid-59.7 juta), Luke Shaw (Southampton- 31.5 juta), Ander Herrera (A.Bilbao-29 juta), Marcos Rojo (Sporting Lisbon- 16 juta), Danny Blind (Ajax- 14 juta), Radamel Falcao (AS Monaco- pinjam bayar 6 juta pendahuluan...)
keluar- Shinji Kagawa (Dortmund-6.3juta), Buttner (Dinamo Moscow-5.6juta), Patrice Evra 9Juventus-2.5juta), Bebe (Benfica-2.4 juta), Nemanja Vidic(Inter Milan), Welbeck (Arsenal), Hernandez (Real Madrid-loan) 



Friday, August 15, 2014

Kapten Liga Perdana 2014/15 dan rating sebagai kapten....

Liga Perdana Inggeris akan bermula esok, jom lihat senarai kapten setiap pasukan dan ratingnya sebagai kapten ikut pendapat aku....skala 1-10 (10 terbaik!!), ratingnya berdasarkan pengaruh terhadap rakan sepasukan...

Arsenal - Mikel Arteta



Setelah pemergian Vermaelen ke Barcelona, Arteta, 32 tahun dilantik sebagai kapten Arsenal untuk menghadapi cabaran musim ini... Pemain tengah yang boleh dikatakan mempunyai "teamwork" yang baik.... Rating - 7

Aston Villa - Ron Vlaar
Prestasi Ron Vlaar musim lalu agak konsisten disamping pretasi baik untuk Netherlands di Piala Dunia... Agak berpengaruh dalam pasukan dan bermain sebagai pertahanan. Rating 7.5..

Burnley - Jason Shackell
Menyertai Burnley pada 2012, pemain pertahanan ini membantu Burnley ke Liga Perdana... Rating 7

Chelsea - John Terry
Walaupun tidak terpilih ke Piala Dunia, Terry sepanjang kariernya sejak remaja bersama Chelsea dan amat berpengaruh di Stamford Bridge. Rating 8

Crystal Palace - Mile Jedinak
Midfielder yang bekerja keras untuk memastikan Palace kekal dalam Liga Perdana musim lalu, namun kehilangan Pulis mungkin memberi impak negatif dan Moyes dikhabarkan akan menjadi pengurus baru.. Rating 7

Everton - Phil Jagielka
Pertahanan berusia 31 tahun ini agak setia bersama Everton dan menjadi simbol kekukuhan benteng Everton. Rating 8

Hull City - Curtis Davies
Davies, 29 tahun tak terpilih namun beliau amat penting dan konsisten musim lalu terutama di Piala FA dimana Hull layak ke perlawan akhir sebelum tewas kepada Arsenal.
Rating 8

Leicester City - Wes Morgan
Membantu Leicester menjuarai Liga Divisyen 1 untuk layak ke Liga Perdana, pertahanan berusia 30 tahun ini telah du musim menjadi kapten... Rating 7


Liverpool- Steven Gerrard
Ikon Liverpool ini amat penting dalam menaikkan semangat pemain terutama setelah kehilangan Suarez.. Senantiasa bekerja keras untuk pasukannya... Rating 8

Manchester City- Vincent Kompany
Ketiadaannya seringkali menyebabkan pasukan Man City agak kucar- kacir pada musim lalu, dia juga telah mnandatangani kontrak lima tahun lagi untuk bersama City... Rating 8

Manchester United - Wayne Rooney
Diberikan kepercayaan oleh Van Gaal untuk menaikkan semula Manchester United untuk mencabar dalam liga perdana. Penyerang yang amat berbakat namun adakah cukup berpengaruh...? Rating 7

Newcastle - Fabio Coloccini
Musim lalu pernah menyatakan hasrat untuk kembali ke Argentina namun terus kekal bersama Newcastle.. Alan Pardew mungkin berharap Coloccini mampu menyatukan skuad Newcastle. Rating 6.5

Queens Park Ranger - Clint Hill
Kembali ke liga perdana melalui play-off setelah semusim turun divisyen. Clint Hill agak berpengaruh dan gandingannya bersama Rio Ferdinand mungkin boleh memastikan QPR kekal kali ini di Liga Perdana..
Rating 8

Southampton - Jose Fonte
Kehilangan ramai pemain, Koeman meletakkan tanggungjawab ketua pasukan kepada Fonte... Rating 7

Stoke City - Ryan Shawcross
Gagal terpilih ke Brazil, namun Shawcross konsisten dan berpengalaman walaupun baru berusia 26 tahun.. Rating 8

Sunderland - John O'Shea
Dipilih Poyet sebgai ketua pasukan namun agak kurang digemari oleh pengurus sebelumnya iaitu Di Canio... Rating 6

Swansea - Ashley William
Pertahanan yang pantas dan tegap ini, namun gosip perpindahannya agak mencalar reputasinya bersama Swansea.. Rating 6

Tottenham Hotspur - Michael Dawson
Terpilih sebagai kapten namun agak kurang konsisten dan berpengaruh di atas padang... Vertonghen lebih sesuai rasanya.... Rating 6

West Bromwich - Chris Brunt
Midfielder yang konsisten namun agak kurang membantu pertahanan WBA... Rating 6.5

West Ham - Kevin Nolan
Pemain yang setia dengan Allardyce dan sering menjaringkan gol-gol penting buat West Ham.. Rating 7.5



Monday, July 14, 2014

Germany juara Piala Dunia 2014!!

Germany juarai Piala Dunia 2014 setelah gol Goetze di minit 113 mencukupi untuk Jerman mengalahkan Argentina 1-0... Messi pula menang Golden Ball award selaku pemain terbaik kejohanan, Neuer menang Golden Glove dan James Rodriguez Golden Boot slaku penjaring terbanyak dengan enam gol...

Germany 1 Argentina 0..












Sunday, July 13, 2014

Brazil 0 Netherlands 3... Belanda kekal tanpa kalah..

Penentuan tempat ketiga Piala Dunia 2014 berkesudahan Brazil tewas 0-3 kepada Belanda, menamatkan perjalanan Brazil ditempat sendiri sekadar di tempat keempat....
Brazil 0 Belanda 1....

Penalti hasil dari Robben...
Brazil 0 Belanda 2..


Brazil 0 Netherlands 3...






Thursday, July 10, 2014

World Cup 2014.. Germany vs Argentina at Maracana....




World Cup 2014~ Argentina ke final di Brazil!!

Messi berpeluang menjadi lagenda bolasepak Argentina..
Argentina layak ke final World Cup 2014 untuk bertemu Germany setelah menewaskan Netherlands 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti apabila kedua-dua pasukan terikat 0-0 setelah tamat 120 minit..
Penalti Sneijder..


Penalti Aguero...


Penalti Rodriguez..




Wednesday, July 9, 2014

Piala Dunia 2014~ Brazil vs Germany... Germany buat Brazil menangis...7-1!!



Jerman mengalahkan Brazil dalam masa 25 minit di negara sendiri dengan keputusan akhir 7 gol berbalas 1.... nampaknya memang skuad Brazil ni mengharapkan skil Neymar untuk memukau lawan, tanpa Neymar skuad Brazil yang terpukau dengan permainan berpasukan German..

Gol 1..

Gol 2...


Gol 3...


Gol 4....


Gol 5...


Gol 6...

Gol 7..

Gol Oscar saguhati buat Brazil........



Saturday, July 5, 2014

World Cup 2014~ Brazil, Germany layak ke separuh akhir....(video inside).

Brazil menepati ramalan ramai apabila menewaskan Colombia 2-1 dan bakal bertemu Germany yang menewaskan France 1-0 sebelum itu. Gol Brazil dijaringkan Thiago Silva dan David Luiz manakala Colombia membalas hasil jaringan penalti James Rodriguez.... Gol tunggal Jerman pula dijaringkan Mats Hummel...
Gol Brazil 1..

Wajah muram penyokong Colombia...
Gol Brazil 2..

penalti...!!
Gol keenam James Rodriguez di Piala Dunia 2014..






Video Germany vs France..


Wednesday, July 2, 2014

Belgium vs USA ~ 2-1.. World Cup 2014

Kemasukan Lukaku dalam masa tambahan memberi impak dengan Belgium mendapat dua gol sebelum USA merapatkan jurang melalui Green. USA bangkit namun gagal mendapatkan gol penyamaan..
Gol De Bruyne.


Gol Lukaku..

Gol USA...

Argentina 1 Switzerland 0 .... World Cup 2014

Messi...huffing n puffing...
Selama 90 minit tiada jaringan, 2 minit sebelum penentuan penalti Palacio dapat merampas bola dari Lichsteiner dan terus menghantar kepada Messi...dengan pertahanan Swiss tertumpu kepada Messi, Di Maria yang tidak dikawal di sebelah kanan menerima umpanan seterusnya rembatan leret menewaskan Benaglio...
Gol De Maria..