Tuesday, October 25, 2011

Man United dibelasah 6-1... top ten belasahan

Man United dibelasah 6-1 di Old Trafford  dengan Balotelli 2 gol, Dzeko 2 gol, Silva 1 gol dan Aguero 1 gol. Gol saguhati Man United dijaringkan oleh Darren Fletcher pada minit ke81.
Berikut Top Ten keputusan membelasah sejak Liga Perdana mula.. (sebelum tu divisyen 1)...
1- Seperti diatas Oktober 23, 2011, Old Trafford, Man Utd 1 Man City 6
2- August 28, 2011,  Old Trafford, Man Utd 8 Arsenal 2- Rooney jaring hattrik..
3- November 27, 2010, Old Trafford, Man Utd 7 Blackburn 1 - Berbatov jaringkan 5 gol..
4- Mei 9, 2010, Stamford Bridge, Chelsea 8 Wigan 0 - Drogba jaring hattrik dan Chelsea cipa rekod jaring 103 gol semusim...
5- November 22, 2009, Tottenham 9 Wigan 1 dengan Defoe jaring hattrik..
6- Mei 11, 2008, Middlesbrough 8 Man City 1- Afonso Alves jaringkan hattrik..
7- Februari 25, 2001, Man Utd 6 Arsenal 1, Dwight Yorke jaring hattrik..
8- September 19,1999, Newcastle 8 Sheffield Wednesday 0, Alan Shearer jaring 5 gol!
9- Februari 6, 1999, Nottingham Forest 1 Man Utd 8, Ole Gunnar Solskjaer jaring 4 gol setelah masuk sebagai sub..
10- Mac 4, 1995 Man United 9 Ipswich 0, Andy Cole jadi pemain pertama jaring 5 gol dalam EPL...

.. nampaknya paling selalu Man United yang membelasah.. sesekali kena belasah laer plak...

Friday, October 7, 2011

England lwn Perancis- Suku akhir piala dunia..esok

England akan bertemu Perancis pada peringkat suku akhir piala dunia ragbi di Auckland esok. Jonny Wilkinson berharap rakan-rakan sepasukan tidak mensia-siakan peluang untuk ke perlawanan kali ketiga berturut.
Sementara itu skuad bola sepak England akan bertemu Montenegro untuk kelayakan Euro 2012 dan Capello yakin dengan keadaan mental Rooney untuk memastikan kemenangan England ekoran tangkapan terhadap Rooney senior atas tuduhan terbabit dengan judi bolasepak. England memang perlu menang untuk layak tanpa perlu melalui proses playoff..
Sementara itu Carragher kata England menipu kerana menggunakan jurulatih impot... dia memberi contoh jika England ada krisis penjaga gol maka boleh ke Buffon dipanggil untuk mewakili England? dan menamakan Redknapp calon sesuai menggantikan Capello sambil menyata Moyes sepatutnya diberi peluang ke Chelsea....