Wednesday, February 27, 2013

Maradona berjaya lagi....

Maradona dan aweknya...
Lagenda bolasepak Argentina, Diego Maradona berjaya mendapat teman baru berusia 22 tahun, Rocio Oliva yang bermain untuk pasukan wanita River Plate. Maradona dan Oliva menghabiskan masa percutian bersama di Dubai.... gambar selanjut di the Sun...

Sunday, February 24, 2013

Man City 2 Chelsea 0...keputusan terkini BPL 2012/13...


Manchester City menewaskan Chelsea 2-0 di Etihad hasil jaringan Yaya Toure dan Carlos Tevez di separuh mas kedua.. Di separuh masa pertama Joe Hart menjadi wira bila berjaya menepis sepakan penalti Frank Lampard..
Video Highlights Man City vs Chelsea
Lain- lain keputusan...
Kedudukan Top ten BPL 24 February 2013..

Thursday, February 21, 2013

UCL 2012/13 : Barcelona tewas, Drogba kembali beraksi di Eropah

Dua pemain yang pernah beraksi di BPL iaitu Kevin Prince Boateng dan Sulley Muntari masing-masing menjaringkan satu gol untuk AC Milan menumpaskan Barcelona 2-0 di San Siro. Ini meletakkan AC Milan dalam kedudukan terbaik untuk layak ke suku akhir hanya menunggu perlawanan di Nou Camp pula pada 12 Mac nanti.... seri 0-0 pun AC Milan boleh layak....
Highlights AC Milan vs Barcelona
Di Turk Telecom Arena pula, Galatasaray hanya mampu seri 1-1 dengan Schalke 04 sekalipun Drogba dan Sneijder membuat penampilan sulung buat Galatsaray. Buruk Yilmaz menjaringkan gol buat Galatasaray namun Jermaine Jones menjaringkan gol di minit terakhir untuk keputusan 1-1...
Highlights Galatasaray vs Schalke 04

Wednesday, February 20, 2013

UCL 2012/13 - Arsenal 1 Bayern Munich 3 (video)..

Tutup mata jer la...kosog-kosong ....kabinet piala..
Arsenal berpeluang cerah menamatkan musim 2012/13 dengan kabinet kosong tanpa apa-apa piala setelah tewas 1-3 kepada Bayern Munich di Emirates semalam. Setelah dikalahkan Bradford- Piala Liga dan Blackburn -Piala FA, giliran Bayern Munich pula berpeluang untuk menyingkirkan Arsenal dari Champions League.. Pada minit ketujuh Bayern mendahului hasil rembatan Toni Kroos dan Muller menambah gol di minit 21 untuk kedudukan 0-2. Selepas waktu rehat Podolski menanduk masuk gol Arsenal namun Mandzukic menjadikan kedudukan 1-3 di minit ke-77. Arsenal perlu menang 3-0 di Munich nanti. Sementara itu Porto menang 1-0 mengatasi Malaga ditempat sendiri hasil jaringan Joao Moutinho.
Highlights Arsenal vs Bayern Munich..

Tuesday, February 19, 2013

Kedudukan Terkini Liga Super Malaysia 2013..

Selepas tujuh perlawanan juara liga perdana 2012, ATM mendahului carta Liga Super 2013 dengan 14 mata setelah menewaskan Selangor 2-0. Jurang mata untuk 5 pasukan teratas tidak jauh bezanya dan pendahulu liga mungkin berubah selepas perlawanan seterusnya 23 Februari nanti. Berikut keputusan perlawanan malam tadi..
Berikut pula kedudukan ke 7-12...
Highlight ATM vs Selangor....

Monday, February 18, 2013

FA Cup 2012/13 : Man City dan Chelsea mara, Arsenal kecundang..

Man City dan Chelsea mara ke pusingan kelima piala FA Inggeris apabila menewaskan lawan masing-masing 4-0 di tempat sendiri. Sergio Aguero menjaringkan 2 gol untuk membantu Man City menewaskan Leeds United 4-0. Dua lagi gol City dijaringkan Yaya Toure dan Carlos Tevez. Manakala di Stamford Bridge Chelsea menumpaskan Brentford 4-0 dengan semua gol dijaringkan di separuh masa kedua melalui Mata, Oscar, Lampard dan John Terry.
Gol-gol Manchester City..
Arsenal pula tweas ditempat sendiri 0-1 kepada Blackburn Rovers hasil jaringan Colin Kazim-Richards. Everton pula seri 2-2 ditempat lawan iaitu Oldham  dan perlawanan ulangan akan diadakan di Goodison Park nanti.. 

Thursday, February 7, 2013

Kelayakan Piala Asia ~ Qatar 2 Malaysia 0 (Video)

Malaysia tewas 0-2 kepada Qatar .... lihat je la video kat bawah, tapi gol kedua tu memang kesilapan pertahanan Malaysia.....

Friday, February 1, 2013

January Football Transfer Dateline...Siapa dapat siapa..

Januari 2013 sudah tamat, dan nampak beberapa kelab membuat kejutan... Paling menarik perpindahan Mario Balotelli ke AC Milan dari Manchester City dengan kos £ 19.5 juta walaupun sebelum itu AC Milan menafikannya. Lain- lain perpindahan yang besar belanjanya-
PSG- mendapatkan Lucas Moura dengan yuran perpindahan £ 43 juta...
Galatasaray- dapatkan Wesley Sneijder (£ 8.5 juata) dan Drogba (£ 5 juta) namun Shanghai Shenhua dilaporkan akan membuat aduan ke FIFA..... macam kes Mat Yo pula...
Fiorentina- menandatangani Guiseppe Rossi dari Villareal dengan yuran £ 7 juta...

Di England pula seperti berikut pemain baru kelab-kelab di BPL...
Arsenal -  Nacho Monreal (dari Malaga, £ 8.7 juta)
Chelsea -Demba Ba (dari Newcastle,£ 7.5 juta)
Everton - John Stone (Barnsley,  £ 3 juta)
Liverpool - Sturridge (Chelsea, £12 juta ), Philippe Coutinho (Inter, £ 8.5 juta)
Manchester United - Wilfried Zaha (Crystal Palace, £ 15 juta)
Newcastle - Yanga Mbiwa (Montepellier, £ 7.5 juta) Debuchy (Lille, £ 5.5 juta), Gouffran (Bordeaux, £ 2.8 juta), Haidara (Nancy, £ 2.5 juta), Sissoko (Toulouse, £2.2 juta)... membeli-belah kat Perancis betul Alan Pardew nih...
QPR - Christopher Samba (Anzhi, £ 12.5 juta), Loic Remy (Marseille, £ 8 juta) Tal Ben Haim (free)...
Sunderland - Danny Graham (Swansea, £5 juta)
West Ham - Joe Cole (Liverpool, free)... Chamakh (pinjam aje..)
Tottenham - Zeki Fryers (Standard Liege, £ 3.5 juta) Lewis Holtby (Schalke, £ 1.5 juta)..
...dan David Beckham akan ke PSG???