Friday, June 29, 2012

AFC Cup Under 22 Malaysia 4 Taiwan 2

Malaysia mengalahkan Taiwan 4-2 dalam aksi kelayakan Piala AFC bawah 22 di Myanmar.
vid gol

Sementara itu Myanmar 0-0 South Korea... dengan keputusan ini Malaysia ditangga ketiga belakang Korea Selatan dan Myanmar.

Malaysia akan bertemu Vietnam pada 30 Jun 2012.


Final Euro 2012- Italia vs Espana

Balotelli selepas menjaringkan gol kedua..
Balotelli menjaringkan dua gol di separuh masa pertama untuk mangalahkan Jerman 2-1. Gol Jerman dijaringkan Ozil pada minit ke 90 hasil sepakan penalti. Dengan itu ulangan perlawanan peringkat Group C berulang kembali dimana Itali akan berentap dengan Sepanyol untuk gelaran Juara Euro 2012.

Gol pertama..

sedia merembat gol kedua..



Sepanyol layak ke perlawanan akhir setelah menewaskan Portugal melalui penentuan penalti setelah terikat 0-0 selepas 120 minit perlawanan. Ramai percaya Spain akan mempertahankan gelaran juara, namun perlu diingat Spain seri 1-1 dengan Itali diperingkat kumpulan.. Pirlo dan Montolivo akan berdepan Xavi dan Iniesta untuk menguasai midfield... forza Italia...

Friday, June 22, 2012

Suku Akhir Euro 2012 R- Ronaldo ...

arghh..2 kali kena tiang..
Perlawanan suku akhir Euro 2012 malam tadi berkesudahan dengan Portugal 1 Republik Czech 0, hasil tandukan padu Ronaldo di minit ke 79 hasil hantaran Joao Moutinho. Sebelum itu Ronaldo telah dua kali cubaannya menewaskan Petr Cech namun tiang gol menjadi penghalang. Perlawanan tersebut dikuasai Portugal dengan 5 kali cubaan tepat berbanding Czech tiada cubaan tepat.. Portugal akan menanti sama ada Spain atau France di separuh akhir nanti...
..tandukan padu dan tepat...gollll...

Jangkaan lain-lain perlawanan-
Germany 3 Greece 0
Spain 1 France 0
England 2 Italy 1
...tungguuu.....

Tuesday, June 19, 2012

Seluar dalam dan kembar MU di euro 2012

Pemain Denmark dan Arsenal iaitu Bendtner didenda 100,000Euro kerana menunjukkan seluar dalamnya selepas menjaringkan gol ketika kalah 2-3 kepada Portugal. UEFA menganggap iainya tidak senonoh namun Bendtner diberi peluang untuk merayu. Bendtner menyatakan itu merupakan seluar dalam bertuahnya.... agaknya tak basuh kot...


Sementara itu bekas jurulatih England, Glenn Hoddle percaya England akan lebih berbisa dengan kembalinya Rooney dari pengantungan 2 perlawanan untu kembali beraksi menentang Ukraine. Beliau menambah keserasian bersama Welbeck akan membawa tuah kepada England. Ini kerana menurutnya mereka sudah memahami hasil dari bermain bersama di Manchester United. Nampaknya Carroll terpaksa memanaskan bangku simpanan je la...
Perlawanan malam nanti dijangka Ukraine 1-3 England manakala France kalahkan Sweden 2-1... tunggu dan lihat...

Euro 2012... suku akhir

penyokong Greece... Greek Thunder..


Euro 2012 kali ni nampaknya sesetengah pasukan tak ikut skrip... Group A, Republik Czech juarai kumpulan dan bakal berdepan dengan Portugal disuku akhir.... Manakala Greece yang mengejutkan pasukan pilihan Russia untuk ke suku akhir bakal berdepan dengan pasukan pilihan Germany ... Germany berpeluang keseparuh akhir berdasarkan kekuatan pemain dan ketajaman Gomez..

Manakala kumpulan C, Spain menjadi juara kumpulan setelah mengalahkan Croatia 1-0 hasil jaringan Jesus Navas. Itali mengiringi Spain kesuku akhir setelah mengalahkan Ireland 2-0 hasil jaringan Cassano dan Balotelli (minit 90').
Rooney bakal bermain untuk kali pertama dalam perlawanan penentuan England melawan tuan rumah Ukraine malam nanti...

Monday, June 11, 2012

Italy mantap...

Malam tadi Italy seri 1-1 dengan Spain. Perlawanan yang agak menarik. Peluang terbaik di perolehi oleh si Balotelli apabila Ramos terlepas bola kepadanya, namun lagak Balotelli agak kasual seperti dalam training menyebabkan Ramos mudah merampas semula bola tanpa Balotelli sempat buat apa-apa. Sejurus kemudian Balotelli dikeluarkan dan digantikan dengan Andrea di Natale dan pemain veteran dari Udinese berjaya menjaringkan gol empat minit kemudian (61') hasil hantaran Pirlo. Tapi Sepanyol melalui Cesc Fabregas menyamakan kedudukan 3 minit kemudian. Torres yang mengantikan Fabregas pada minit ke 74 gagal menjaringkan gol tetapi berjaya mendapat kad kuning... mungkin Llorente patut diturunkan bukan Torres. Dari pemerhatian Itali mampu memberikan kejutan pada kejohanan kali ini jika mutu permainan yang dipamerkan dapat dikekalkan terutama pemain terbaik perlawanan iaitu Andrea Pirlo kekal cergas sepanjang kejohanan.
Sementara itu di Warsaw, Croatia mengalahkan Ireland 3-1, dengan Mario Mandzukic menjaringkan dua gol untuk Croatia.
Ramos menyelamatkan keadaan..

Perlawanan antara England dan Perancis dijangka berkesudahan 1-1.....atau 1-2 berpihak kepada Perancis..

Saturday, June 9, 2012

Keputusan Euro 2012

Nampaknya ramalan salah dimana tuanrumah Poland hanya mampu seri 1-1 dengan Greece...Kedua-dua pasukan mengakhiri perlawan dengan 10 pemain apabila Sokratis dibuang pada pada minit 44 manakala Szczesny pula dibuang padang pada minit 68 namun kapten Greece , Karagounis gagal menyudahkan sepakan penalti.









Manakala Russia mengalahkan Czech Republic 4-1 dengan Dzagoev jaringkan 2 gol untuk Russia.



Friday, June 8, 2012

EURO 2012

Euro 2012 akan bermula. Tuan rumah kali ni adalah Poland dan Ukraine... mengikut pendapat aku yang dangkal nih, Spain, Germany atau France mempunyai peluang cerah, sementara England boleh membuat kejutan kerana nampaknya skuad Roy Hodgson dianggap tak berpeluang akibat kecederaan beberapa pemain utama..
Perlawanan malam ni Poland vs Greece, aku budget Poland menang 2-0 dengan Lewandowski menjadi penjaring... manakala Russia vs Czech, Russia menang 1-0... tunggu dan lihat jela malam kang...