Tuesday, July 31, 2012

Olimpik... Spain out...GB...

Bolasepak Olimpik...Kumpulan A-  Great Britain menewaskan UAE 3-1 dan berpeluang cerah  untu layak ke suku akhir apabila Senegal membuat kejutan dengan menewaskan Uruguay 2-0. Legenda Man Utd membuka jaringan GB hasil hantaran Bellamy. UAE menyamakan kedudukan untuk 1-1 melalui Rashed Elsa sebelum GB menambah jaringan melalui Scott Sinclair dan Daniel Sturridge. Moussa Konate perlu meneruskan kecemerlangannya dengan dua gol ketika Senegal yang bermain 10 orang menewaskan pasukan pilihan Uruguay..
Kumpulan B- Pemain Tottenham, Dos Santos menjaringkan 2 gol untuk Mexico menewaskan Gabon, 2-0. South Korea pula menewaskan Switzerland 2-1 hasil jaringan Chu-Young Park dan Bo-Kyung Kim.
Kumpulan C- Brazil memastikan kemaraannya dengan kemenangan kedua berturut dengan menewaskan Belarus 3-1 hasil jaringan Pato, Neymar dan Oscar... tiga serangkai yang berbisa...
Mesir 1-1 New Zealand..
Kumpulan D- Sepanyol tersingkir setelah tewas kali kedua, kali ini 0-1 kepada Honduras. Manakala Jepun mengesahkan laluan ke pusingan seterusnya apabila mengalahkan Morocco 1-0 hasil jaringan Kensuke Nagai. diminit terakhir....
Sementara itu kapten GB, Ryan Giggs mahukan emas Olimpik kerana sepanjang karier hanya pingat dari bermain bersama Man Utd sahaja....


Friday, July 27, 2012

Bolasepak Olimpik.. Brazil menang, Spain kalah..

Olimpik telah bermula... bolasepak lelaki Olimpik pun dah bermula.. bolasepak wanita dah bermula sehari awal dengan kontroversi bendera..
Kita fokus pada keputusan bolasepak lelaki. Brazil mengalahkan Egypt 3-2, dengan pemain baru Chelsea, Oscar bermain dengan cemerlang membantu Brazil. Pemain Man Utd, Rafael menjaringkan gol pertama hasil hantaran Oscar. Gol kedua dijaringkan oleh Leandro Damiao hasil gerakan cantik Oscar. Neymar menjaringkan gol ketiga. Selepas itu Mesir menjaring 2 gol memlalui Aboutrika dan M Salah namun gagal mencari gol penyamaan.
Spain vs Japan (Google)
Spain pula kalah 0-1 kepada Jepun hasil tandukan Yuki Otsu. Sementara itu di Old Trafford, Team GB (Great Britain) seri 1-1 dengan Senegal. Gol GB dijaring oleh Craig Bellamy hasil hantaran Ryan Giggs. Moussa Konate menjaringkan gol penyamaan untuk Senegal. Uruguay menang 2-1 dengan UAE, dengan pemain yang dikatakan akan ke EPL, Gaston Ramirez menjaringkan gol pertama Uruguay. Di Hampden Park, Morocco seri 2-2 dengan Honduras. Mexico pula seri 0-0 dengan Korea Selatan. Switzerland 1-1 Gabon dan Belarus mengalahkan New Zealand 1-0..
Brazil nampaknya berpeluang cerah untuk menang emas Olimpik bolasepak lelaki buat kali pertama...

Monday, July 23, 2012

Tevez jadi kedi golf...tukar kerjaya?

Akbar the Sun melaporkan Carlos Tevez jadi caddy golf...lihat je la gambar...


..sebenarnya Tevez menjadi kedi sementara sahaja kepada pemain golf Argentina, Romero di kejohanan Terbuka British. Namun Romero berkedudukan ditempat terakhir 12 diatas par 82... mungkin beliau perlukan kedi professional...

Saturday, July 21, 2012

Video - Kelantan vs QPR Friendly

first half stat...
Malam tadi perlawanan antaran Kelantan dan QPR  berkesudahan dengan QPR menjaringkan lima gol tanpa balas. 5-0.... Separuh masa pertama kedudukan hanya 1-0 hasil jaringan Shaun Wright-Phillips di minit ke 17. Namun pada babak kedua QPR menambah 4 lagi gol melalui Harriman (52"), Mackie (72"), Zamora (81") dan Helguson (90"). Kelantan hanya mampu memberi saingan pada separuh masa pertama dan beberapa percubaan tepat berjaya diselamatkan oleh Robert Green.
Video gol pertama dan percubaan Mat Yo...
 Tetapi pada separuh kedua selepas Ghaddar masuk mengantikan Norshahrul Idlan Talaha, permainan Kelantan semakin hilang arah dan tidak teratur. Ghaddar nampak lebih berminat menunjukkan skil individu daripada bermain sepasukan. Jurulatih TRW Bojan Hodak lebih cenderung untuk mencuba beberapa pemain impot mungkin untuk suku akhir AFC nanti.. Sebahagian dari gol QPR mungkin tak berlaku jika Khairul Fahmi diturunkan..
..
video lontar lembing

Friday, July 20, 2012

Terkini... Chelsea dan lain-lain

Chelsea dinyatakan telah bersetuju untuk mendapatkan Thorgan Hazard iaitu adik kepada Eden Hazard dari RC Lens. Pemain mudanya, Roman Lukaku pula mungkin dipinjamkan kepada Fulham dan Lukaku tetap berharap dia akan jadi pemain utama Chelsea suatu hari nanti. Alex Ferguson pula dikatakan paling dipercayai berjaya mendapatkan tandatangan ..... RVP! ya Van Persie....tunggu saje...
Cepat..laungkan gaji yang nak ditawarkan...tak cuku tinggi..imej dr Google
Di Itali pula Wesley Sneijder dikhabarkan meminta kelabnya Inter untuk mendapatkan Ibrahim Afellay dari Barcelona. Sneijder sendiri pula diintai oleh Fenerbahce dengan presidennya Aziz Yildirim menyatakan ia sesuai untuk kelabnya. Edin Dzeko pula menafikan dia akan berhijrah ke AC Milan.
Real Madrid pula gagal membeli Micah Richards apabila Man City meletakan harga 25juta pound...QPR pula dikatakan berjaya mendapatkan pemain muda berbakat Junior Hoilett dari Blackburn...
Perpindahan utama EPL..BPL..?setakat ini..
Arsenal - Podolski (11m) dan Giroud (13m)
Chelsea - Hazard (32m) Markon Marin (7m)
Everton - Naismith (free aje), Pienaar (?)
Liverpool - Borini (11m)
Man City - belum ada lagi....tunggu Adebayor, Dzeko chow..
Man Utd - Kagawa (12m), Nick Powell (4m)
QPR- Park Ji-Sung (2m) dan ramai lagi yg free
Southampton - Jay Rodriguez (7m)
Tottenham - Vertonghen (?), Sigurdsson (?)

Thursday, July 19, 2012

Friendly QPR vs Kelantan- video Kelate tewaskan Sarawak dan julang kejuaraan Liga Super..

Queens Park Rangers (QPR) akan bertemu juara Liga Super Malaysia Kelantan pada 20 Julai nanti. Sementara itu saksikan highlights perlawanan terakhir Kelantan untuk Liga Super 2012 menentang Sarawak di Kota Bahru berkesudahan Kelate menang 3-1...
Sementara itu di Paris, PSG mengesahkan Ibrahimovic akan bermain untuk mereka musim 2012/13 nanti. AC Milan pula dikatakan amat berminat dengan Edin Dzeko dan Berbatov. Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers pula menyatakan amat berminat untuk mendapatkan pemain USA, Clint Dempsey. Chelsea pula dikatakan akan mendapatkan tandatangan pertahanan Marseille iaitu Cesar Azpilicueta dalam masa 48 jam lagi dengan yuran perpindahan 7 juta pound...
Video Kelantan julang Piala Liga Super..

Tuesday, July 17, 2012

Manchester United teratas lagi!..

Menurut Forbes, Man Utd merupakan pasukan paling berharga didunia.
Senarai oleh Forbes Top Ten 2012 dalam Pound Sterling...
1- Man United - 1.43 billion
2- Real Madrid - 1.2 billion
3- NY Yankees - 1.18 billion
3= Dallas Cowboys - 1.18 billion
5- Washington Redskins - 1 billion
6- LA Dodgers - 895 juta
6= New England Patriots - 895 juta
8- Barcelona - 838 juta
9- New York Giants - 831 juta
10- Arsenal- 825 juta...

So, di mana Man City...Dalam Forbes Top 50 hanya 7 kelab bolasepak tersenarai dan semua 32 pasukan NFL tersenarai...


Ibrahimovic...jadi ke tak?

Ibrahimovic dikhabarkan belum tandatangan dengan PSG kerana masih belum puashati dengan gaji ditawarkan. AC Milan yang menjual Ibrahimovic dan Thiago Silva nampaknya berusaha untuk mengurangkan kos gaji dengan melepaskan Seedorf, Nesta  dan Inzaghi (veteran semua nih...). Sementara itu di Internazionale, peminat hardcore pula tak berpuashati dengan jersi kedua yang berwarna merah kerana seperti pesaing se Milan iaitu AC Milan....
Akhbar the Guardian melaporkan di Real Madrid pula Florentino Perez agak yakin untuk mendapatkan Modric dari Spurs..Michael Owen pula twit yang dia agak hampir menandatangani kontrak dengan kelab baru..
...kelab mana den pergi utk 2012/13..dr google..
Di Kelantan pula, terdapat penyokong TRW kecewa dengan kenyataan Azman Ibrahim tentang kerugian Rm16,000 apabila penonton masuk padang merayakan kejuaraan liga 2012. Shahurain Abdul Samah pula yakin Malaysia mampu mempertahankan piala AFF Suzuki yang dimenangi pada 2010. Malaysia diundi sekumpulan dengan Indonesia dan Singapura.
Fabio Capello pula dapat kerja melatih skuad bolasepak Russia...

Friday, July 13, 2012

Liverpool dan lain-lain...

Borini..ihsan Google..
Liverpool nampaknya membeli Fabio Borini dengan anggaran harga 12 juta pound dari AS Roma. Penyerang berusia 21 tahun itu akan ditemani Aquilani yang dikhabarkan akan kekal di Liverpool... Maxi Rodriguez balik kampung ke Argentina untuk bermain dengan Newell's Old Boys.
Sementara itu PSG pula dikhabarkan mendapatkan Ibrahimovic dan Thiago Silva dari AC Milan dengan anggaran 70 juta pound. Naib juara liga France itu nampaknya berbelanja besar. Sementara AC Milan pula dikatakan berminat mendapatkan semula Kaka dari Real Madrid serta meminjam Andy Carroll dari Liverpool...
Di Spurs pula, AVB hanya akan jual Modric pada harga 50 juta pound... ye ke?? banyak tu... Tawaran Real Madrid untuk 35juta pound telah ditolak..
Di Malaysia pula, Kelantan juara Super League 2012 dan piala akan diserahkan FAM pada 14 Julai 2012 di Kota Bharu....
Juara Super League Malaysia 2012..Kelate


Friday, July 6, 2012

Jordi Alba ke Barca...

Jordi Alba sah ke Barcelona dengan yuran perpindahan 14 juta pound. Alba merupakan pemain terbaru yang dibeli Barcelona untuk cabaran 2012-2013. Alba merupakan keluaran Akedemi Barcelona sebelum berpindah ke Valencia.



Manakala di Arsenal, Van Persie mengesahkan tidak akan menandatangani kontrak baru... nampaknya Arsenal perlu cepat menjualnya atau berisiko RVP berhijrah ke tempat lain dengan percuma tahun hadapan.
Sementara itu di Myanmar, Malaysia tewas kepada Myanmar 1-2 dan gagal ke AFC .

Monday, July 2, 2012

Del Bosque cipta sejarah..

Vicente Del Bosque cipta sejarah apabila menjadi jurulatih yang berjaya menang Piala Dunia, Euro, Champions League, La Liga dan semualah... Selepas menang Euro 2012, beliau menyatakan tidak mahu menjadi jurulatih yang menang tetapi yang memberi pengajaran pada para pemain.
Enjoy vid..
Gol Pertama


Go Kedua

Gol Ketiga
Gol Keempat


Armada Sepanyol kembali mengganas...

Setelah dikritik ramai kerana menguasai permainan tetapi membosankan, Sepanyol menunjukkan kepada dunia mutu permainan mereka. Itali menjadi mangsa apabila Sepanyol meningkat mutu permainan mereka dengan menjaringkan empat gol tanpa balas di final Euro 2012..Gol-gol Sepanyol dijaringkan oleh Silva, Alba, Torres dan Juan Mata.


Gol  pertama Sepanyol dijaringkan oleh Silva selepas 9 minit bermulanya final dengan menanduk hantaran Fabregas. Alba yang bakal menyertai Barcelona pula menyempurnakan hantaran cantik Xavi untuk gol kedua pada minit ke 40. Torres pula menjaringkan gol ketiga pada minit ke 83 hasil hantaran Xavi untuk melenyapkan baki semangat perjuangan Itali. Juan Mata pula menjaringkan hasil umpanan Torres pada minit ke 87. Pada minit 92 Ramos hampir mendapatkan gol kelima tapi cubaannya agak lemah dan mudah diselamatkan oleh Buffon.

Gol Alba..-



Sementara itu pada 30 Jun, Malaysia U22 mengalahkan Vietnam U22 3-0 dalam kelayakan AFC U-22 di Myanmar.