Wednesday, October 31, 2012

Reading 5 Arsenal 7 ... pesta gol...

Arsenal kemabli setelah ketinggalan 4-0 untuk mengalahkan Reading 7-5 dalam perlawanan Capital One Cup (Piala Liga) malam tadi.. Dengan prestasi Arsenal agak goyah beberapa perlawanan sebelum ini, Reading bermula baik untuk mendahului 4-0 hasil jaringan Leigertwood (20'), Roberts (12') Koscielny (18'-gol sendiri) dan Noel Hunt (37'). Walcott menjaringkan gol semangat buat Arsenal sebelum separuh masa pertama tamat.
Separuh masa kedua, Arsenal terus mengasak tapi berhasil apabila Wenger memasukkan Giroud menggantikan Frimpong pada minit 62. Hasilnya Giroud menanduk masuk sepakan sudut Walcott pada minit 64. Koscielny merapatkan kedudukan kepada 4-3 di minit 89 sebelum Walcott menjadi wira dengan golnya di minit 96... walaupun tertera masa kecederaan hanya 4 minit..... menyebabkan masa tambahan diberikan..
Giroud campak baju ketika masa 90min tamat... dia ingatkan replay match..
Gol-gol di masa tambahan - Arsenal - Chamakh (103'), Walcott (121'), Chamakh (123'); Reading - Pogrebonyak (116')... takdela penentuan penalti..
Lain- lain keputusan-~ Leeds 3 Southampton 0, Sunderland 0 Middlesborough 1, Swindon 2 Aston Villa 3

Sunday, October 21, 2012

BPL : Dzeko selamatkan Man City, Chelsea kukuh diatas..

..Keputusan BPL malam tadi... Nampaknya Chelsea terus kukuh dipersada liga apabila menewaskan Tottenham di White Hart Lane 4-2 hasil jaringan Cahill, Mata (2) dan Sturridge... Manakala Man City menunjukkan semangat juang apabila dua gol Dzeko yang masuk menjadi pemain gantian membolehkan mereka mengalahkan West Bromwich 2-1 setelah ketinggalan hasil jaringan Shane Long. Saksi gol-gol perlawanan West Brom vs Man City..
Gol-go Dzeko..

Di Old Trafford pula, Rooney menjaringkan gol seawal minit ke 10 untuk Stoke City mendahului Man United 1-0. Namun pada minit ke 27 Rooney jaringkan gol pula untuk United menyamakan kedudukan 1-1 hasil hantaran Van Persie. RVP menjadikan 2-1 pada minit 45. Welbeck menjadikan 3-1 pada minit 46 sebelum larian solo Kightly menjadikan 3-2. Rooney kembali meletakan Man United selesa pada minit 65 untuk keputusan 4-2..
Lewat malam pula Norwich mengalahkan Arsenal 1-0 hasil jaringan Graham Holt..

Video Kelantan Juarai Piala Malaysia 2012

Kelantan menjuarai tiga kejohanan musim ini apabila menjadi juara Piala Malaysia 2012 setelah mengalahkan ATM 3-2. Sebelum ini Kelantan merupakan juara Piala FA dan Liga Super 2012. Pemain veteran, Indra Putra Mahyuddin menjadi wira Kelantan setelah menjaring gol yanag cantik di masa tambahan setelah kedudukan terikat 2-2 dalam 90 minit. Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan 2 gol di minit 44 dan 50 namun ATM membalas melalui Rezal Zambry (49) dan Marlon Alex James (62)..
Saksikan video..

Friday, October 12, 2012

Piala Malaysia 2012... Lions XII kecundang, ATM ke final

Piala Malaysia 2012 di Selayang menyaksikan ATM mengalahkan Lions XII melalui penentuan penalti 5-4 setelah perlawanan berkesudahan dengan 1-1.
Saksikan video..

Sementara itu, Man City dan Chelsea dibenarkan untuk mencuba mendapatkan Radamel Falcao oleh Atletico Madrid dengan syarat bidaan bermula pada £48 juta... banyak tu... Arsenal pula dikhabarkan berminat mendapatkan khidmat Fernando Llorente pada Januari 2013 nanti...

Monday, October 8, 2012

Man United dan El Classico... Ronaldo 2 Messi 2..

Gol @ tak gol.. De Gea menyelamatkan cubaan Papiss Cisse..
Manchester United menang 3-0 mengalahkan Newcastle malam tadi hasil jaringan Jonathan Evans (8'), Evra (15') dan jaringan cantik Cleverley (71'). Namun pada minit 51 cubaan Papiss Cisse ditepis keluar De Gea walaupun bola kelihatan seperti telah melepasi garisan gol... Alan Pardew pula mahu RVP dikenakan tindakan kerana menurutnya RVP telah menyiku Yohan Cabaye...........
Saksikan gol-gol Man United..
Gol Cleverley..
Lain-in keputusan BPL- Tottenham 2 (Caulker, Lennon) Aston Villa 0, Liverpool 0 Stoke 0, Southampton 2  (Fonte) Fulham 2 (Hooiveld, Richardson). Chelsea kekal diatas setelah membenam Norwich 4-1 di Stamford Bridge manakala Man City kalahkan Sunderland 3-0 di Etihad. West Ham pula kalah 1-3 kepada Arsenal di Upton Park..
Kedudukan terkini BPL top 10..

Di Spain, Stadium Nou Camp menyaksikan El Classico dengan Ronaldo jaringkan 2 gol begitu juga Messi..
Saksikan sendiri le..

Di San Siro, Inter Milan berjaya mengalahkan AC Milan 1-0 walapun bermain dengan 10 orang apabila Yuto Nagatomo dibuang padang di minit 48... Gol Inter dijaringkan pada mini ke 3 oleh Walter Samuel..
Soccernet..
Kedudukan terkini La Liga..

Thursday, October 4, 2012

U.Champs League 2012 - Balotelli selamatkan Man City, Ronaldo hattrick...video

Di kumpulan A, Porto berjaya mengalahkan kelab berbelanja besar, PSG, 1-0 hasil jaringan James Rodriguez pada minit 83. Dynamo Kiev pula mengalahkan kelab Croatia Dinamo Zagreb 2-0 melalui gol Gusev dan gol sendiri Josip Pivaric.

Kumpulan B pula Arsenal menewaskan Olympiakos 3-1 di Stadium Emirates dengan gol-gol dijaringkan oleh Gervinho, Podolski dan Ramsey. Nampaknya musim ini Gervinho makin tajam penyudahnya. Schalke 04 pula hanya mampu seri 2-2 dengan Montpellier walaupun kelab dari Perancis itu hanya bermain dengan 10 orang apabila Garry Bocaly dibuang padang .
Gol-gol Arsenal..


Kumpulan C..
Perlawanan menarik dan terbuka antara Zenit dan AC Milan berkesudahan AC Milan menang 3-2. Gol AC Milan di jaringkan Urby Emanuelson, Stephan El Shaarawy dan gol sendiri Tomas Hubocan. Zenit pula mendapat gol melalui Hulk dan Roman Shirokov yang menanduk masuk sepakan sudut Hulk. Malaga pula meneruskan kecemerlangan di UCL dengan mengalahkan Anderlecht di Belgium dengan keputusan 3-0 melalui Eliseu, Nacho Monreal dan penalti Joaquin.


Di kumpulan D, Balotelli menyelamatkan Man City dengan penalti pada minit ke 90 untuk keputusan 1-1 menetang Borussia Dortmund. Dortmund mendahului melalui Marco Reus pada minit 61. Dortmund mampu menjaringkan lebih gol namun ketangkasan Joe Hart terbukti dengan menyelamatkan percubaan tepat terutamanya oleh Goetze dan Lewandowski. 
Gol Marco Reus..
Penalti Mario Balotelli..
Di Amsterdam pula, hattrick Cristiano Ronaldo membantu Real Madrid mengalahkan Ajax Amsterdam 4-1. Satu lagi gol Real dijaringkan oleh Karim Benzema melalui sepakan gunting yang menarik manakala gol Ajax disudahkan oleh Niklas Moisander pada minit ke 56.
Gol Ronaldo dan Benzema..
Gol Ajax..
dan 2 gol Ronaldo lagi..
Perlawanan paling menarik malam tadi adalah antara Man City dan Borussia Dortmund...itu yang aku tonton...





Wednesday, October 3, 2012

Champions League 2012- Man United menang, kejutan kepada Bayern...


Keputusan perlawanan liga juara-juara Eropah menyaksikan Man United menang 2-1 keatas CFR Cluj di Romania dan kejutan di Bulgaria apabila Bate Borisov mengalahkan Bayern Munich 3-1.

Di kumpulan E, juara bertahan Chelsea mengalahkan kelab dari Denmark, FC Nordsjaelland 4-0 manakala Juventus hanya mampu seri 1-1 dengan Shakhtar Donetsk. Saksikan video gol-gol di Denmark...

Di kumpulan F, BATE Borisov melakukan kejutan disaksikan hampir 16,000 penonton dengan mengalahkan gergasi bolasepak dari Germany, Bayern Munich 3-1. Manakala Valencia pula mengalahkan Lille 2-0 di Stadium Mestalla hasil jaringan Jonas ( minit 38 dan 74). 
Sedutan BATE vs Bayern.....




..Messi bantu Barca..


Kumpulan G pula, Benfica kalah di tempat sendiri kepada Barcelona 0-2, dengan dua hantaran Messi disudahkan Alexis Sanchez (6') dan Fabregas (55'). Namun kapten Barcelona, Carlos Puyol mengalami kecederaan dan mungkin tidak beraksi dalam perlawanan el Classico hujung minggu nanti.. Celtic pula membenam Spartak Moscow di tempat lawan dengan keputusan 3-2. Inin kemenangan pertama Celtic di tempat lawan untuk liga juara-juara. 


Di Stadium Dr Constantin Radulescu, CFR Cluj tewas 1-2 kepada Man United walaupun menjaringkan gol terlebih dahulu melalui Pantelis Kapetanos (14') . Namun dua jaringan Robin Van Persie (29' dan 49') hasil hantaran Rooney meranapkan impian Cluj untuk melakukan kejutan. Galatasaray pula tewas 0-2 di tempat sendiri kepada Braga hasil jaringan Ruben Micael (27') dan Alan (94').


 Sedutan CFR Cluj lawan Man United...


Tuesday, October 2, 2012

Piala Malaysia 2012- Kelantan ke separuh akhir..

Kelantan layak ke separuh akhir Piala Malaysia apabila seri 2-2 dengan Felda United di Kota Bahru. Ghaddar menjaringkan gol penyamaan di masa kecederaan setelah Kelantan ketinggalan 1-2 dan menjadikan aggregat 4-3 untuk Kelantan layak ke separuh akhir.
Saksikan gol-gol Kelantan 2 Felda United 2

Lain-lain pasukan yang berjaya melayakkan diri ke separuh akhir- Selangor, ATM dan Lions (Singapore)..

Monday, October 1, 2012

Top 10 Liga utama....Ronaldo hattrick ...

Cristiano Ronaldo menjaringkan hattrick untuk Real Madrid menang 5-1 mengatasi Deportivo. Deportivo mendahului melalui Riki pada minit 15 namun Ronaldo menjadikan 1-1 tujuh minit kemudian hasil sepakan penalti. Kemudian Di Maria dan Ronaldo menjadikan kedudukan 3-1 sebelum separuh masa pertama tamat. Separuh masa kedua Real Madrid terus cemerlang dengan jaringan Pepe dan Ronaldo sekali lagi jaringkan penalti untuk keputusan 5-1. Ronaldo dikabarkan meminta gajinya dinaikkan kepada £400k seminggu..
Sementara itu Barcelona meneruskan rekod cemerlang dengan mengalahkan Sevilla 3-2 di Stadium Sanchez Pizjuan. Sevilla mendahului 2-0 melalui Trochowski dan Negredo. Fabregas menjadikan 2-2 dengan gol minit 53 dan 89 sebelum David Villa menjadikan kedudukan 3-2 pada masa kecederaan. Selepas ini Real Madrid akan bertemu Barcelona untuk El Classico...tunggu..
Kedudukan top 10 liga BBVA...

Sedutan Real Madrid vs Deportivo...
Sementara itu di Seria A, Inter Milan melonjak ke tangga ketiga setelah mengalahkan Fiorentina 2-1 di San Siro hasil jaringan penalti Diego Milito di minit ke 17 dan Antonio Cassano di minit 34. Romulo menjaringkan go Fiorentina enam minit kemudian untuk memberikan Viola harapan...
Saksi gol Inter...
Kedudukan terkini Serie A...

Sementara itu Juventus dikatakan  berminat untuk mendapatkan Nani dari Man United dengan yuran £12 juta….Kedudukan terkini BPL... bagus betul Everton...