Thursday, April 25, 2013

Keputusan UCL Separuh akhir 2012/13 ~ Borussia Dortmund 4 Real Madrid 1... video inside

Setelah Barcelona dibelasah kelab dari Jerman Bayern Munich, giliran Borussia Dortmund pula tibai Real Madrid 4-1 di Signal Iduna Park, Dortmund. Lewandowski memulakan pesta gol pada minit ke 8 sebelum Ronaldo menyamakan kedudukan di minit ke 43. Diseparuh masa kedua Lewandowski meneruskan prestasi baiknya dengan menambah jaringan di minit 50,55 dan penalti di minit ke 67..... Real Madrid perlu memikirkan strategi mereka di Bernabeu nanti untuk Mourinho tidak dianggap gagal di Real Madrid..

Highlights..

Tuesday, April 23, 2013

RVP hattrick pastikan Manchester United juara BPL 2013...video inside

Hattrick Robin Van Persie pastikan Manchester United menjadi juara buat kali ke 20 apabila menewaskan Aston Villa 3-0 di Old Trafford malam tadi. Man United berpeluang mengatasi rekod Chelsea mengumpul 95 mata jika menang semua baki perlawanan untuk mengumpul 96 mata...
RVP jaringkan gol pertama dalam 81 saat setelah menyudahkan hantaran Ryan Giggs. Pada minit ke 13 RVP membuat volley cantik untuk gol kedua hasil hantaran jauh Rooney. Giggs sekali lagi membuat hantaran yang disudahi RVP untuk hattrick.. Ini merupakan kejuaraan ke 13 buat Ryan Giggs....
Video highlight gol..
RVP gembira jadi juara ...minggu depan ke Arsenal untuk meraikannya..

Monday, April 22, 2013

Suarez mengigit lagi.... Chelsea tertekan..

Laparnya..siku pun ok la..
Tempat untuk ke Champions League makin hangat setelah Chelsea seri 2-2 di Anfield, sementara Tottenham mengalahkan Manchester City 3-1 dan Arsenal menang 1-0 keatas Fulham. Everton pula nampak tak berpeluang setelah kalah 0-1 kepada Sunderland. Benitez nampaknya enggan mengulas insiden Suarez menggigit siku Ivanovic sebaliknya mempersoalkan masa tambahan 7 minit yang membolehkan Suarez menjaringkan gol penyamaan. Ivanovic merupakan mangsa gigitan kedua Suarez setelah Otman Bakkal digigit ketika Suarez bermain di liga Belanda. Rodgers akan kaji insiden tersebut dan mungkin karier Suarez bersama Liverpool akan berakhir...

Wednesday, April 17, 2013

Real Madrid menang.... Barcelona memang menang aje..video inside..

Casillas bakal berhijrah??
Barcelona terus unggul dipersada LaLiga dengan kelebihan 13 mata mendahului Real Madrid setelah mereka mengalahkan Real Zaragoza 3-0 dengan Tello jaringkan 2 gol buat Barca. Sementara itu Ronaldo menjaringkan 2 gol untuk Real Madrid membenam Atletico Bilbao 3-0 di tempat lawan. Satu lagi gol Madrid dijaringkan Higuain...
Gol-gol Barcelona
Gol-gol Real Madrid

Monday, April 15, 2013

RVP tamatkan kemarau gol...


Robin Van Persie menjaringkan penalti untuk Manchester United menang 2-0 keatas Stoke di Brittania setelah Carrick meletakkan Man United didepan diminit ke 4. RVP telah mengharungi 10 perlawanan tanpa menjaringkan gol sebelum ini. Lain-lain keputusan, Everton 2 QPR 0, Newcastle 0 Sunderland 3, Reading 0 Liverpool 0, Arsenal 3 Norwich 1... nampaknya perebutan untuk ke Champions League makin hangat dengan kemenangan Arsenal dan Everton ...begitu juga dengan kedudukan dibawah liga..dijangka Reading, QPR dan Stoke City akan terkeluar diakhir musim ini...
Saksikan video gol Man United....


FA Cup Separuh Akhir - Chelsea 1 Manchester City 2 ... video inside


Manchester City mara ke perlawanan akhir Piala FA 2013 apabila mengalahkan Chelsea 2-1 hasil jaringan Samir Nasri (35') dan Sergio Aguero (47'). Chelsea membalas melalui jaringan Demba Ba di minit 66. Manchester City akan berdepan Wigan Athletic dalam final di Wembley nanti..
Saksikan highlight..

Thursday, April 11, 2013

UEFA Champs League: Juventus 0 Bayern Munich 2 (Agg 0-4)... Video Inside

Dua gol separuh masa kedua melalui Mario Mandzukic dan Claudio Pizarro membolehkan Bayern Munich mengalahkan Juventus di Turin 2-0 dengan aggregat 4-0. Dengan kemenangan ini, peringkat separuh akhir dikuasai kelab daripada Sepanyol dan Jerman iaitu Bayern Munich, Borussia Dortmund, Real Madrid dan Barcelona. Adakah semua kelab Jerman atau Sepanyol di perlawanan akhir di Wembley nanti atau wakil dari Jerman bertemu wakil Spain..................tungguuuu.................
Highlights Gol-gol Bayern..


Keputusan UCL Suku Akhir : Barcelona 1 PSG 1 (Agg 3-3)...Barca layak...

Gol penyamaan dari Pedro..
Barcelona layak ke separuh akhir UCL 2012/13 setelah seri 1-1 dengan PSG di Nou Camp dengan aggregat 3-3. PSG terlebih dahulu didepan hasil jaringan Javier Pastore di minit ke 50. Kemasukan Messi merubah segalanya hasil gerakannya membolehkan Pedro menyamakan kedudukan diminit ke 71... 
Gol Pastore..
Gol Pedro

Wednesday, April 10, 2013

AFC Cup Selangor 3 Sai Gon 1 (video inside)

Selangor menghidupkan peluang yang samar di AFC Cup apabila menang 3-1 ke atas Sai Gon hasil jaringan Kubala, Forkey Doe dan Amri Yahyah... Dengan keputusan ini Selangor berada di tangga ketiga dengan empat mata namun perlu menang dua lagi perlawanan berikutnya untuk mencerahkan peluang ke peringkat seterusnya...Selangor selepas ini akan melawan East Bengal di Shah Alam (23 April 2013) dan Tampines Rovers di Singapura (30 April 2013)....
Saksikan..
Kedudukan kumpulan H

Group H

Teams
P
W
D
L
GF
GA
GD
PTS
EAST BENGAL (IND)431073410
SAI GON XUAN THANH (VIE)42116607
SELANGOR (MAS)41127704
TAMPINES ROVERS (SIN)4013812-41
Kedudukan Kumpulan G
Group G

Teams
P
W
D
L
GF
GA
GD
PTS
KELANTAN (MAS)32109277
SHB DA NANG (VIE)320158-36
MAZIYA SPORTS & RECREATION (MDV)31116514
AYEYAWADY UNITED (MYA)300338-50

BPL : Manchester United 1 Manchester City 2

Man City menang lagi di Old Trafford setelah menang 2-1 melalui jaringan James Milner dan Aguero manakala United dapat gol melalui tandukan Jones yang melantun melalui Kompany ke gawang City...dengan ini City merapatkan jurang kepada 12 mata...
Saksikan video gol-gol...
Sementara itu penampilan sulung Paolo Di Canio sebagai ketua jurulatih Sunderland berakhir dengan kekalahan 1-2 kepada Chelsea dengan Ivanovic menjaringkan gol kemenangan buat Chelsea. Spurs pula seri dengan Everton 2-2 dan Arsenal menewaskan WBA 2-1 hasil dua jaringan Rosicky untuk merebut dua lagi tempat ke UCL musim depan...
Liverpool nampak terlalu bergantung dengan Suarez apabila kegagalannya menjaringkan gol menyebabkan Liverpool seri 0-0 di Anfield walaupun menguasai perlawanan...