Thursday, November 29, 2012

BPL- Manchester menang, Liverpool Kalah, Chelsea seri lagi..

Kedua-dua kelab dari Manchester iaitu Man Ciy dan United mencatat kemenangan malam tadi. Manchester City mengalahkan Wigan 2-0 di DW Stadium hasil jaringan Mario Balotelli dan James Milner. Di Old Trafford pula, jaringan RVP pada saat ke 33 mencukupi buat skuad Red Devils menang 1-0 keatas West Ham.
Sedutan Wigan vs Man City ..
Sedutan Manchester United vs West Ham

Di Stamford Bridge, Torres meneruskan kemarau gol dan Benitez masih mencari kemenangan pertamanya setelah Chelsea terikat 0-0 menetang Fulham. Theo Walcott pula menjaringkan gol pada minit pertama di Goodison Park untuk Arsenal mendahului Everton namun 30 minit kemudian rembatan Fellaini dari luar petak maenjadikan keputusan seri 1-1 sehingga wisel penamat. Tottenham pula mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Liverpool hasil jaringan Aaron Lennon dan Gareth Bale. Bale turut menjaringkan gol buat Liverpool. Swansea pula menewaskan West Brom 3-1 di Liberty Stadium. Stoke menang 2-1 mengatasi Newcastle di Britannia. Southampton dan Norwich berkongsi mata setelah terikat 1-1.

AFF Suzuki Cup~ Malaysia vs Laos .. 4-1 (video)

Harimau Malaya berjaya menumpaskan Laos 4-1 malam tadi untuk mencerahkan peluang ke separuh akhir piala AFF. Malaysia bermula baik dengan mengasak Laos sejak perlawanan dimulakan. Gol pertama Malaysia diperolehi melalui sepakan percuma Safiq Rahim pada minit ke 15. Namun skuad HM memperlahankan rentak dan menyebabkan Laos menyamakan kedudukan enam minit sebelum tamat separuh masa pertama melalui rembatan Khonesavanh yang terkena badan Aidil langsung masuk ke gawang Malaysia. Safee Sali banyak mempersiakan peluang dan beliau kelihatan agak kurang keyakinan.
Gol Separuh masa pertama..

Pada separuh masa kedua, Safee Sali akhirnya berjaya menjaringkan gol pada minit ke 67 hasil hantaran Wan Zack. Gol tersebut menambah semangat skuad HM untuk menambah gol melalui Wan Zack dan Khyril Muhymeen menjadikan keputusan 4-1. Keputusan ini menjadikan peluang terbuka untuk Malaysia setelah Indonesia menewaskan Singapore 1-0 hasil jaringan Andik pada minit ke 87. Harimau Malaya akan bertemu Garuda pada Sabtu ini........
Gol-gol lain..

Gol Indonesia vs Singapura..

Tuesday, November 27, 2012

Sebastian Vettel Juara Formula 1 Tahun 2012.. Video.


Sebastian Vettel sekali lagi dinobatkan sebagai juara keseluruhan Formula 1 2012 setelah menduduki tempat keenam dalam perlumbaan terakhir kalendar 2012 di Brazil yang dimenangi oleh Jenson Button. Pelumba berusia 25 tahun menjadi pelumba termuda memenangi Formula 1 buat kali ketiga. Beliau bersaing hebat dengan pelumba Ferrari, Fernando Alonso yang juga berpeluang menjadi juara keseluruhan, namun takdir berpihak kepada Vettel yang mengalami kemalangan pada pusingan pertama namun berjaya juga menamatkan perlumbaan. 
Video permulaan Formula 1 Brazil..
Perlumbaan dalam cuaca hujan agak dramatik dengan setiap pasukan cuba menggunakan strategi yang terbaik untuk penggunaan tayar. Vettel merupakan pelumba ke 9 yang telah menjadi juara keseluruhan formula 1 untuk 3 kali.  Namun untuk 3 kali berturut-turut Vettel merupakan pelumba ketiga selepas Manuel Fangio dan Michael Schumacher tetapi Vettel dapat melakukannya pada usia termuda- 25 tahun..
debaran geng mekanik..
Sementara itu Alonso percaya pasukan Ferrari dan beliau akan kembali dengan lebih hebat pada musim 2013 nanti. Michael Schumacher pula akan bersara setelah 21 tahun didalam Formula 1 dengan 7 kali juara tahunan dan memenangi 91 perlumbaan Formula 1. 











Awek pelumba mana nih..?











Video belumba dalam hujan..

Serie A : Parma vs Inter Milan.. Video

Internazionale gagal merapatkan mata dengan Juventus apabila tewas 0-1 kepada Parma. Nicola Sansone menjaringkan gol Parma 15 minit sebelum perlawanan tamat. Napoli pula naik ke tangga kedua di bawah Juventus setelah mengalahkan Cagliari 1-0 hasil jaringan Marek Hamsik...
Gol Parma

BPL: Keputusan & Kedudukan liga terkini...

Minggu lepas Roberto Di Matteo menjadi pengurus pertama dipecat  di BPL dan seterusnya Abramovich melantik Rafa Benitez menjadi pengurus sementara Chelsea. Walaupun terdapat penyokong Chelsea yang tidak bersetuju, mungkin Roman berharap prestasi Torres akan meningkat. Namun Chelsea hanya mampu seri 0-0 ditempat sendiri dengan Man City dan Benitez nampaknya diejek oleh penyokong Chelsea ketika masuk stadium. Ashley Cole pula tidak menolak kemungkinan menyertai Man United apabila kontraknya tamat akhir musim ini. Beliau juga tidak menolak kemungkinan berhijrah ke Itali, Spain ataupun PSG..
Sementara itu Tottenham menewaskan West Ham 3-1 dengan Andy Carroll menjaringkan gol pertama buat Hammers.
Gol-gol Tottenham vs West Ham


Gol Andy Carroll
Kedudukan liga BPL- Top Ten..
Lain-lain- Mark Hughes juag dipecat oleh Tony Fernandes dan diganti oleh Harry Redknapp... Redknapp yakin akan dapat mengekalkan QPR di BPL...

Friday, November 23, 2012

Valencia vs Bayern Munich ... seri 1-1 dua-dua layak..


Di Stadium Mestalla, Valencia dan Bayern Munich seri 1-1 seterusnya melayakkan kedua-dua pasukan dari kumpulan F ke pusingan kalah mati setelah BATE Borisov tewas 0-2 kepada Lille ditempat sendiri. Valencia mendahului hasil jaringan Sofiane Feghouli di minit ke 77 sebelum Thomas Muller menyamakan kedudukan 5 minit kemudian.
Gol Valencia..
Gol Bayern Muchen..
Kedudukan kumpulan F..

UCL Group G- Spartak Moscow 0 Barcelona 3.. Messi terbaik..

Messi fokus kearah gawang gol lawan...
Messi menjaring 2 gol ketika Barcelona mengalahkan Spartak Moscow 3-0 dan kini sudah menjaringkan 56 gol di Champion League untuk menghampiri rekod Raul Gonzalez yang telah menjaringkan 71 gol di UCL. Seperti yang dikatakan oleh Tevez, Messi lebih baik daripada Cristiano Ronaldo... Gol lain Barcelona dijaringkan oleh Dani Alves.
Gol Dani Alves..

Gol-gol Messi..
Barcelona mengungguli kumpulan G, satu lagi tempat akan direbut antara Celtic atau Benfica. Celtic perlu berharap Barcelona akan mengalahkan Benfica dua minggu lagi untuk layak..




Group E- Juventus vs Chelsea... video

Juventus mengalahkan Chelsea 3-0 di Turin hasil jaringan Quagliarella, Arturo Vidal dan Giovinco, seterusnya menyebabkan Roberto Di Matteo dipecat dan diganti dengan Rafael Benitez hingga penghujung musim..
Gol-gol Juventus..
Chelsea masih berpeluang layak namun perlu berharap kepada keputusan apabila Juventus bertemu Shaktar Donetsk yang telahpun layak.

UCL Kumpulan H.. Galatasaray vs Man United

Di Istanbul , Galatasaray tewaskan Man United 1-0 hasil tandukan Burak Yilmaz pada separuh masa kedua.. Saksi golnya..


Walaubagaimanapun, Man United telah mengesahkan kelayakan ke pusingan seterusnya. Galatasaray dan CFR Cluj akan menentukan siapa yang mengiringi Man United nanti.
Kedudukan kumpulan H..