Monday, June 30, 2014

Keputusan Piala Dunia 2014.. Mexico 1 Netherlands 2

Mexico mendahului 1-0 hasil jaringan Dos Santos namun langkah bertahan selepas itu memakan diri setelah Netherlands berjaya menjaringkan penyamaan melalui Sneijder dan  gol penalti diminit terakhir perlawanan oleh Huntelaar....

Gol Dos Santos

Gol Sneijder..

Robben dijatuhkan...

Penalti Huntelaar...

Sunday, June 29, 2014

Colombia 2 Uruguay 0 .. Colombian flair...

James Rodriguez hebat!!
Colombia mengatasi Uruguay 2-0 dengan James Rodriguez menjaringkan 2 gol untuk mendahului senarai penjaring terbanyak dengan 5 gol...
Gol pertama..


Gol Kedua..

Brazil 1 Chile 1... Julio Cesar wira Brazil...

Brazil layak kepusingan suku akhir setelah mengalahkan Chile melalui penentuan sepakan penalti. Brazil mendahului hasil jaringan David Luiz dan Alexis Sanchez menyamakan kedudukan buat Chile. Sehingga masa tambahan kedudukan masih lagi 1-1....
Video gol David Luiz

Gol Sanchez..

Sedutan penentuan penalti...

Friday, June 27, 2014

USA 0 Germany 1 ... Dua-dua layak... (video inside)

Germany mengalahkan USA 1-0 untuk kedua-dua pasukan layak ke pusingan kalah-mati setelah Portugal hanya  mengalahkan Ghana dengan keputusan 2-1.....
Gol Germany vs USA

Gol Cristiano Ronaldo di Piala Dunia 2014..

Lain-lain keputusan- Belgium 1 Korea Selatan 0, Russia 1 Algeria 1... Jadi Germany akan bertemu Algeria manakala Belgium akan bertemu USA....
Gol Belgium vs Korea Selatan oleh Jan Vertonghen..
 

Thursday, June 26, 2014

Argentina 3 Nigeria 2 ...Messi menakjubkan..Musa pun sama.... video inside

Messi menjaringkan dua gol menarik buat Argentina tapi Marcos Rojo memastikan kemenangan Argentina setelah Musa menjaringkan dua gol untuk Nigeria menyamakan kedudukan. Setakat ini Messi bersaing dengan Neymar untuk kasut emas edisi Piala Dunia 2014 setelah masing-masing menjaringkan empat gol... Argentina akan bertemu Switzerland dalam pusingan seterusnya...
Gol-gol Argentina vs Nigeria






Wednesday, June 25, 2014

Keputusan terkini Piala Dunia 2014~ Colombia 4 Japan 1 (Video Inside)

Colombia mengalahkan Jepun 4-1 untuk layak ke pusingan kalah mati selaku juara kumpulan..




 

Sementara dalam Kumpulan D, Uruguay mengalahkan Itali 1-0 dan Costa Rica seri 0-0 dengan England..



Tuesday, June 24, 2014

Mexico 3 Croatia 1 .. video inside..

Chicarito meraikan golnya...
Mexico turut layak kepusingan kalah mati edisi Piala Dunia 2014 setelah permainan meyakinkan untuk mengalahkan Croatia 3-1 melalui Marquez, Guardado dan Javier Hernandez. Gol saguhati Croatia dijaringkan oleh Perisic....
Gol Mexico..
Gol Perisic

Keputusan Piala Dunia terkini~ Brazil 4 Cameroon 1 .. Video inside

Brazil layak kepusingan kalah mati selaku juara kumpulan setelah mengalahkan Cameroon 4-1 hasil jaringan Neymar (2), Fred dan Fernandinho.. Cameroon menjaringkan gol melalui Joel Matip di minit 26..
Gol Neymar ..
Gol Cameroon..
lagi gol Brazil...

Sunday, June 22, 2014

Keputusan Piala Dunia 2014 ~ Germany 2 Ghana 2.. video goal inside

Jerman hanya mampu seri 2-2 dengan Ghana seterusnya mencerahkan peluang Ghana setelah tumpas 1-2 kepada USA tempoh hari. Separuh masa pertama berkesudahan 0-0. Namun pada separuh masa kedua bertambah rancak apabila adik-beradik Boateng dikeluarkan oleh pasukan masing-masing. Goetze menjaringkan gol dengan lututnya sebelum Ghana menjaring 2 gol melalui Ayew dan Gyan untu mendahului Jerman. Kemasukan penyerang veteran Miroslav Klose membuahkan hasil apabila beliau menjaringkan gol ke 15 Piala Dunianya untuk menyamakan kedudukan terikat menjadi 2-2...
Gol Goetze
Gol Andre Ayew..
Gol Gyan...
Gol penyamaan Klose....





Argentina 1 Iran 0.... video gol Messi

Messi menjaringkan gol pada minit terakhir untuk membantu Argentina layak kepusingan kalah mati.. Iran masih berpeluang namun perlu mengalahkan Bosnia dalam perlawanan terakhir mereka.. Bosnia pula telah terkeluar setelah kalah kepada Nigeria 0-1 pagi tadi...

Gol Messi..

Friday, June 20, 2014

Keputusan Piala Dunia 2014 ~ Suarez 2 Rooney 1


Suarez menjaringkan 2 gol untuk mencerahkan kembali peluang Uruguay sementara peluang England semakin malap. Namun Uruguay perlu menang dalam perlawanan terakhir kumpulan D untuk memastikan mereka layak ke pusingan seterusnya. England pula secara matematik masih boleh layak jika menang dengan Costa Rica namun perlu melihat dulu keputusan Itali-Uruguay. Secara keseluruhannya skuad England kali ini agak lemah terutama Welbeck dan Jagielka...
Gol pertama Suarez.
Gol Rooney..
 Gol kemenangan dari Suarez...


Joe Hart bekerja keras..

Kapten Gerrard kecewa...
Lain-lain keputusan - Colombia 2 Ivory Coast 1; Jepun 0 Greece 0

Thursday, June 19, 2014

Keputusan Piala Dunia 2014...Spain tersingkir..

Spain gagal melayakkan diri ke pusingan seterusnya apabila kalah buat kali kedua dalam aksi kumpulan B apabila tewas 0-2 kepada Chile. Gol-gol Chile diperolehi pada separuh masa pertama melalui gol Vargas (20") dan Araguiz (43"). Dalam aksi kumpulan A pula Croatia menewaskan Cameroon 4-0 melalui jaringan Olic, Perisic dan Manzukic - 2 gol. Croatia akan bertemu Mexico dalam aksi terakhir kumpulan A. Netherlands pula bekerja keras untu menwaskan Australia 3-2 seterusnya mengesahkan kelayakan ke pusing seterusnya bersama Chile. Belanda mendahului melalui Robben pada minit ke 20 sebelum Cahill menyamakan kedudukan di minit ke 21. Di separuh masa kedua Jedinak menjaringkan penalti untuk Australia mendahului sebelum Van Persie jaringkan gol penyamaan di minit ke 58. Memphis Depay menjaringkan gol kemenangan Belanda di minit ke 68...
Video gol kedua Chile..
Gol-Gol Croatia...





Wednesday, June 18, 2014

Korea Selatan 1 Russia 1; Brazil 0 Mexico 0 .... World Cup 2014 video

Korea Selatan seri 1-1 dengan Russia dalam aksi kumpulan H pagi tadi. Manakala aksi kedua kumpulan A menyaksikan Brazil seri 0-0 dengan Mexico dengan penjaga gawang Mexico, Ochoa dapat Man of the Match perlawanan tersebut...
Gol Korea Selatan

Gol penyamaan Kerzakov buat Russia..

Piala Dunia 2014 ~ Belgium 2 Algeria 1

Belgium terpaksa bekerja keras untuk mengalahkan Algeria 2-1 setelah ketinggalan 1-0 hasil jaringan penalti pada separuh masa pertama. Kemasukkan Fellaini dan Merten di separuh masa kedua membuahkan hasil apabila Fellaini menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke 70 sebelum Merten menjaringkan gol kemenangan Belgium di minitke 80...
Gol Algeria.

Gol Fellaini..

Gol Merten...

Hazard beraksi baik..
 

Tuesday, June 17, 2014

Keputusan Piala Dunia 2014 ~ Germany 4 Portugal 0 .. (video inside)

Ronaldo vs Germany...
Skuad Germany membukti kerjasama sepasukan amat penting setelah membenam Portugal 4-0 malam tadi dengan Thomas Muller menjaringkan hattrick pertama buat edisi Piala Duni 2014. Hummel menjaringkan satu lagi gol Jerman manakala Pepe pula dibuang padang pada separuh masa pertama...... Ronaldo pula berseorangan.......
Gol pertama Jerman- penalti oleh Muller..
Gol kedua Jerman
Gol ketiga...
Goal no 4....
Pepe buat lawak....
Bento cubit diri sendiri....








Sementara lain- lain perlawanan.... Iran 0 Nigeria 0 .... USA 2 Ghana 1....

Saturday, June 14, 2014

Keputusan Piala Dunia 2014 ~ Mexico 1 Cameroon 0.. Chile 3 Australia 1 .. (video inside)

Mexico mengalahkan Cameroon 1-0 dalam aksi kumpulan A hasil jaringan Oribe Peralta...

Manakala perlawanan kumpulan B di Cuiaba menyaksikan Chile mengatasi Australia 3-1. Gol-gol Chile dijaringkan Alexis Sanchez (12"), Valdivia (14") dan Beausejour (90"), manakala gol Australia dijaringkan Tim Cahill pada minit ke 35...

Gol Sanchez..

Gol Valdivia...


Keputusan Piala Dunia 2014~ Spain 1 Netherlands 5 .. (video highlight inside)

Persie dan Robben terlalu pantas buat Spain....
Arjen Robben dan Van Persie terlalu pantas buat pertahanan juara 2010, Pique dan Ramos apabila masing-masing menjaringkan 2 gol untuk  Belanda mengatasi Sepanyol dengan 5 gol berbalas 1. Separuh mas pertama menyaksikan tiki taka Sepanyol menguasai permainan dan seterusnya mendahului hasil jaringan penalti Xabi Alonso di minit ke 27. Kapten Belanda, Van Persie menyamakan kedudukan pada minit ke 44 untuk separuh masa pertama berkesudahan 1-1. Separuh masa kedua menyaksikan Belanda menguasai permainan dan hasilnya 4 gol lagi dijaringkan oleh De Vrij, Arjen Robben (2) dan Van Persie....
Gol Xabi Alonso.
Gol penyamaan Robin Van Persie..

 Gol kedua Belanda - Robben...



Gol ketiga Belanda - De Vrij ...

Gol Van Persie...Casillas puncanya...


Gol kelima - Robben...




Xavi termenung...



Friday, June 13, 2014

Keputusan Piala Dunia 2014 - Brazil 3 Croatia 1 ... (video inside)

Neymar menjaringkan 2 gol....
Perlawanan pembukaan Piala Dunia 2014 berpihak kepada tuan rumah, Brazil dengan keputusan 3-1 mengatasi Croatia.......semua gol dijaringkan oleh pemain Brazil. Croatia mendahului 1-0 hasil gol sendiri oleh Marcelo sebelum Neymar menjaringkan 2 gol dan Oscar menambah gol ketiga di minit akhir perlawanan..
Gol Croatia
 Gol penyamaan dari Neymar..
Gol penalti Neymar...
Gol Oscar....