Monday, July 25, 2011

Singapura 5 Malaysia 3 - Harimau dibaham Singa

Pada 23 Julai 2011 yang lalu di Jalan Besar, Singapura telah menjaring 5 gol berbalas 3. Malaysia menjaringkan gol dahulu pada minit pertama melalui Safee Sali. Selepas itu Singapura menjaringkan empat gol melalui Duric (7'), Qiu Li (22'), Mustafic Fahruddin (44') dan Yi Shi (46'). Pada separuh masa kedua Safiq Rahim dilayang kad merah pada minit ke 50 dan pemain Singapura pula dibuang padang pada minit 55. Malaysia mula meningkatkan rentak dan berhasil menjaring dua gol melaui Hadi(70') dan Safee Sali (71'). Namun seperti biasa kelonggaran pertahanan Malaysia serta kelemahan penjaga gol (Sharbinee) menyebabkan Duric mudah menjaringkan gol pada minit 82 untuk keputusan 5-3.
gol kedua Singapura....

Sementara itu Safiq Rahim percaya pasukan Malaysia masih berpeluang pada perlawanan kedua di Bukit Jalil pada 28 Julai nanti walaupun beliau tidak bermain. Beliau juga berharap peminat Harimau Malaya akan memberikan sokongan pada untuk Malaysia menang dengan kelebihan dua gol.
Aku harap Sharbinee tak diturunkan dan pertahanan lebih fokus serta kental.....


gol2 dr youtube...

No comments:

Post a Comment

Commenter are responsible for their own comment. Any opinions are welcome.