Monday, June 11, 2012

Italy mantap...

Malam tadi Italy seri 1-1 dengan Spain. Perlawanan yang agak menarik. Peluang terbaik di perolehi oleh si Balotelli apabila Ramos terlepas bola kepadanya, namun lagak Balotelli agak kasual seperti dalam training menyebabkan Ramos mudah merampas semula bola tanpa Balotelli sempat buat apa-apa. Sejurus kemudian Balotelli dikeluarkan dan digantikan dengan Andrea di Natale dan pemain veteran dari Udinese berjaya menjaringkan gol empat minit kemudian (61') hasil hantaran Pirlo. Tapi Sepanyol melalui Cesc Fabregas menyamakan kedudukan 3 minit kemudian. Torres yang mengantikan Fabregas pada minit ke 74 gagal menjaringkan gol tetapi berjaya mendapat kad kuning... mungkin Llorente patut diturunkan bukan Torres. Dari pemerhatian Itali mampu memberikan kejutan pada kejohanan kali ini jika mutu permainan yang dipamerkan dapat dikekalkan terutama pemain terbaik perlawanan iaitu Andrea Pirlo kekal cergas sepanjang kejohanan.
Sementara itu di Warsaw, Croatia mengalahkan Ireland 3-1, dengan Mario Mandzukic menjaringkan dua gol untuk Croatia.
Ramos menyelamatkan keadaan..

Perlawanan antara England dan Perancis dijangka berkesudahan 1-1.....atau 1-2 berpihak kepada Perancis..

No comments:

Post a Comment

Commenter are responsible for their own comment. Any opinions are welcome.