Olimpik telah bermula... bolasepak lelaki Olimpik pun dah bermula.. bolasepak wanita dah bermula sehari awal dengan kontroversi bendera..
Kita fokus pada keputusan bolasepak lelaki. Brazil mengalahkan Egypt 3-2, dengan pemain baru Chelsea, Oscar bermain dengan cemerlang membantu Brazil. Pemain Man Utd, Rafael menjaringkan gol pertama hasil hantaran Oscar. Gol kedua dijaringkan oleh Leandro Damiao hasil gerakan cantik Oscar. Neymar menjaringkan gol ketiga. Selepas itu Mesir menjaring 2 gol memlalui Aboutrika dan M Salah namun gagal mencari gol penyamaan.
|
Spain vs Japan (Google) |
Spain pula kalah 0-1 kepada Jepun hasil tandukan Yuki Otsu. Sementara itu di Old Trafford, Team GB (Great Britain) seri 1-1 dengan Senegal. Gol GB dijaring oleh Craig Bellamy hasil hantaran Ryan Giggs. Moussa Konate menjaringkan gol penyamaan untuk Senegal. Uruguay menang 2-1 dengan UAE, dengan pemain yang dikatakan akan ke EPL, Gaston Ramirez menjaringkan gol pertama Uruguay. Di Hampden Park, Morocco seri 2-2 dengan Honduras. Mexico pula seri 0-0 dengan Korea Selatan. Switzerland 1-1 Gabon dan Belarus mengalahkan New Zealand 1-0..
Brazil nampaknya berpeluang cerah untuk menang emas Olimpik bolasepak lelaki buat kali pertama...
No comments:
Post a Comment
Commenter are responsible for their own comment. Any opinions are welcome.