Gol pertama Sepanyol dijaringkan oleh Silva selepas 9 minit bermulanya final dengan menanduk hantaran Fabregas. Alba yang bakal menyertai Barcelona pula menyempurnakan hantaran cantik Xavi untuk gol kedua pada minit ke 40. Torres pula menjaringkan gol ketiga pada minit ke 83 hasil hantaran Xavi untuk melenyapkan baki semangat perjuangan Itali. Juan Mata pula menjaringkan hasil umpanan Torres pada minit ke 87. Pada minit 92 Ramos hampir mendapatkan gol kelima tapi cubaannya agak lemah dan mudah diselamatkan oleh Buffon.
Gol Alba..-
Sementara itu pada 30 Jun, Malaysia U22 mengalahkan Vietnam U22 3-0 dalam kelayakan AFC U-22 di Myanmar.
No comments:
Post a Comment
Commenter are responsible for their own comment. Any opinions are welcome.