Tuesday, November 27, 2012

Sebastian Vettel Juara Formula 1 Tahun 2012.. Video.


Sebastian Vettel sekali lagi dinobatkan sebagai juara keseluruhan Formula 1 2012 setelah menduduki tempat keenam dalam perlumbaan terakhir kalendar 2012 di Brazil yang dimenangi oleh Jenson Button. Pelumba berusia 25 tahun menjadi pelumba termuda memenangi Formula 1 buat kali ketiga. Beliau bersaing hebat dengan pelumba Ferrari, Fernando Alonso yang juga berpeluang menjadi juara keseluruhan, namun takdir berpihak kepada Vettel yang mengalami kemalangan pada pusingan pertama namun berjaya juga menamatkan perlumbaan. 
Video permulaan Formula 1 Brazil..
Perlumbaan dalam cuaca hujan agak dramatik dengan setiap pasukan cuba menggunakan strategi yang terbaik untuk penggunaan tayar. Vettel merupakan pelumba ke 9 yang telah menjadi juara keseluruhan formula 1 untuk 3 kali.  Namun untuk 3 kali berturut-turut Vettel merupakan pelumba ketiga selepas Manuel Fangio dan Michael Schumacher tetapi Vettel dapat melakukannya pada usia termuda- 25 tahun..
debaran geng mekanik..
Sementara itu Alonso percaya pasukan Ferrari dan beliau akan kembali dengan lebih hebat pada musim 2013 nanti. Michael Schumacher pula akan bersara setelah 21 tahun didalam Formula 1 dengan 7 kali juara tahunan dan memenangi 91 perlumbaan Formula 1. 











Awek pelumba mana nih..?











Video belumba dalam hujan..

No comments:

Post a Comment

Commenter are responsible for their own comment. Any opinions are welcome.