Kedua-dua kelab dari Manchester iaitu Man Ciy dan United mencatat kemenangan malam tadi. Manchester City mengalahkan Wigan 2-0 di DW Stadium hasil jaringan Mario Balotelli dan James Milner. Di Old Trafford pula, jaringan RVP pada saat ke 33 mencukupi buat skuad Red Devils menang 1-0 keatas West Ham.
Sedutan Wigan vs Man City ..
Di Stamford Bridge, Torres meneruskan kemarau gol dan Benitez masih mencari kemenangan pertamanya setelah Chelsea terikat 0-0 menetang Fulham. Theo Walcott pula menjaringkan gol pada minit pertama di Goodison Park untuk Arsenal mendahului Everton namun 30 minit kemudian rembatan Fellaini dari luar petak maenjadikan keputusan seri 1-1 sehingga wisel penamat. Tottenham pula mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Liverpool hasil jaringan Aaron Lennon dan Gareth Bale. Bale turut menjaringkan gol buat Liverpool. Swansea pula menewaskan West Brom 3-1 di Liberty Stadium. Stoke menang 2-1 mengatasi Newcastle di Britannia. Southampton dan Norwich berkongsi mata setelah terikat 1-1.
No comments:
Post a Comment
Commenter are responsible for their own comment. Any opinions are welcome.