Monday, October 1, 2012

Top 10 Liga utama....Ronaldo hattrick ...

Cristiano Ronaldo menjaringkan hattrick untuk Real Madrid menang 5-1 mengatasi Deportivo. Deportivo mendahului melalui Riki pada minit 15 namun Ronaldo menjadikan 1-1 tujuh minit kemudian hasil sepakan penalti. Kemudian Di Maria dan Ronaldo menjadikan kedudukan 3-1 sebelum separuh masa pertama tamat. Separuh masa kedua Real Madrid terus cemerlang dengan jaringan Pepe dan Ronaldo sekali lagi jaringkan penalti untuk keputusan 5-1. Ronaldo dikabarkan meminta gajinya dinaikkan kepada £400k seminggu..
Sementara itu Barcelona meneruskan rekod cemerlang dengan mengalahkan Sevilla 3-2 di Stadium Sanchez Pizjuan. Sevilla mendahului 2-0 melalui Trochowski dan Negredo. Fabregas menjadikan 2-2 dengan gol minit 53 dan 89 sebelum David Villa menjadikan kedudukan 3-2 pada masa kecederaan. Selepas ini Real Madrid akan bertemu Barcelona untuk El Classico...tunggu..
Kedudukan top 10 liga BBVA...

Sedutan Real Madrid vs Deportivo...
Sementara itu di Seria A, Inter Milan melonjak ke tangga ketiga setelah mengalahkan Fiorentina 2-1 di San Siro hasil jaringan penalti Diego Milito di minit ke 17 dan Antonio Cassano di minit 34. Romulo menjaringkan go Fiorentina enam minit kemudian untuk memberikan Viola harapan...
Saksi gol Inter...
Kedudukan terkini Serie A...

Sementara itu Juventus dikatakan  berminat untuk mendapatkan Nani dari Man United dengan yuran £12 juta….Kedudukan terkini BPL... bagus betul Everton...

No comments:

Post a Comment

Commenter are responsible for their own comment. Any opinions are welcome.