Thursday, December 27, 2012

BPL 2012/13 : Man City kalah, Man United manfaatkan 'Fergie Time'... vidz..

Roberto Mancini kecewa apabila Man City banyak mempersiakan peluang walaupun menguasai permainan apabila tumpas 0-1 kepada Sunderland hasil jaringan bekas pemain Man City iaitu Adam Johnson yang gagal diselamatkan Joe Hart pada minit 53. Mungkin emosi pemain City masih lagi mood Krismas. Di Old Trafford pula, gol Hernandez di minit-minit akhir perlawanan membolehkan Man United mendapat 3 mata penuh dengan kemenangan 4-3 ke atas Newcastle United. Newcastle mendahului melalui James Perch (4') sebelum Jonathan Evans menyamakan kedudukan diminit ke 25 dan Evans kembali meletakkan Newcastle dihadapan di minit ke 28. Separuh masa kedua Man United meledakan 3 gol melalui Evra (58'), Van Persie (71') dan Hernandes (90'++). Gol ketiga Newcastle dijaringkan Demba Cisse diminit ke 68.....
Sunderland vs Man City
 Chelsea pula makin merapatkan kedudukan dengan Man City apabila menang 1-0 keatas Norwich hasil jaringan Juan Mata. Everton pula atasi Wigan 2-1 di Goodison Park hasil jaringan Leon Osman dan Phil Jagielka. Aston Villa di belasah di tempat sendiri 0-4 oleh Tottenham Hotspur melalui jaringan Defoe dan hattrick Gareth Bale. Liverpool tewas kepada Stoke City 3-1 walaupun mendahului melalui Steven Gerrard di minit kedua. Stoke membalas melalui 2 gol Jonathan Walters dan Kenwyne Jones. Lain lain keputusan; Fulham 1 Southampton 1; QPR 1 WBA 2; Reading 0 Swansea 0
Chelsea vs Norwich

No comments:

Post a Comment

Commenter are responsible for their own comment. Any opinions are welcome.