Sunday, December 16, 2012

Keputusan BPL 2012/13: Man United terus menang, Liverpool tewas di Anfield...(video)


Kedua-dua kelab Manchester mencatatkan kemenangan 3-1 keatas lawan masing-masing. Man City merapatkan jurang buat sementara apabila menewaskan Newcastle United 3-1 di St James' Park melalui jaringan Aguero, Javi Garcia dan Yaya Toure dalam perlawanan awal. Newcastle mendapat gol melalui Demba Ba, namun gagal menambah jaringan walaupun banyak peluang di separuh masa kedua. Di Old Trafford pula Man United menewaskan Sunderland 3-1 hasil penyudah R.Van Persie, Tom Cleverly dan Wayne Rooney. Gol saguhati Sunderland dijaringkan Frazier Campbell.
Gol-gol Man United...
Di Anfield pula Liverpool tewas 1-3 kepada Aston Villa. Villa mendahului 3-0 hasil 2 jaringan Benteke dan satu dari Weimann sebelum Gerrard mandapatkan gol saguhati buat Liverpool diminit-minit akhir perlawanan. Brendan Rodgers perlu imbau kembali kenyataannya pada Jumaat lalu iaitu Liverpool sasarkan tangga kedua BPL di penghujung musim, jika diamati silap-silap layak ke Europa League pun tidak... Sementara tu di Loftus Road, QPR menang kali pertama musim ini apabila 2 gol Taarabt mencukupi untuk menewaskan Fulham 2-1.
Keputusan 15 Disember 2012..
 Kedudukan terkini Top Ten BPL pada 15 December 2012

No comments:

Post a Comment

Commenter are responsible for their own comment. Any opinions are welcome.