Di Stadium of Light, Sunderland tumpas 1-3 kepada Chelsea. Ini merupakan kemenangan pertama Chelsea di BPL sejak Benitez menjadi pengurus dan Torres pula menjaringkan 2 gol untuk menamatkan kemarau golnya di BPL. Arsenal pula menang 2-0 di Emirates mengatasi West Bromwich hasil 2 penalti Mikel Arteta. Penalti pertama dilanda kontroversi kerana diberikan setelah Cazorla jatuh tanpa disentuh Steven Reid. QPR pula membuat rekod 16 kali tanpa menang di BPL apabila seri 2-2 dengan Wigan. Swansea pula tumpas ditempat sendiri 3-4 kepada Norwich walaupun Michu menjaringkan 2 gol buat Swansea. Aston Villa dan Stoke City berkongsi mata setelah terikat 0-0.
Gol pertama -Sunderland vs Chelsea
No comments:
Post a Comment
Commenter are responsible for their own comment. Any opinions are welcome.