Sunday, September 16, 2012

Arsenal belasah Southampton 6-1... Man United jaringkan 4 gol...

Arsene Wenger puashati apabila anak buahnya membelasah Southampton 6-1 di Emirates malam tadi. Skuad yang dikatakan akan merindui RVP mula serasi dan permainan Arsenal bertambah lancar. Namun Wenger agak kecewa kerana bolos gol pertama kali. Gol-gol Arsenal dijaringkan 2 gol sendiri Jos Hooiveld (11') dan Clyne (37'), Podolski (31'), Gervinho (35',71') dan Walcott (88'). Manakala Daniel Fox menjaringkan gol saguhati buat Southampton.
Di Old Trafford pula, Manchester United menjaringkan 4 gol di separuh masa kedua untuk membenam Wigan. Sebelum itu pada minit ke 6, Hernandez gagal menjaringkan penalti. Namun pada separuh masa kedua Man United menggandakan usaha dan pemain veteran Paul Scholes memulakan pesta gol pada minit 51. Hernandez pada minit 63, gol menarik Buttner pada minit 66 dan Nick Powell pada minit 82. Van Persie hanya masuk mengganti Scholes pada minit 71.
Sementara itu di Craven Cottage, Fulham mengenepikan cabaran West Bromwich dengan 3 gol melalui Berbatov (32', 46') dan Steve Sidwell (89')..
Keputusan penuh 15 September 2012..
kureng terang.. outstation..

No comments:

Post a Comment

Commenter are responsible for their own comment. Any opinions are welcome.