Friday, September 21, 2012

AFC.. Kelantan tewas 1-5 di Arbil

19 September lalu, Arbil (Iraq) bertemu Kelantan di suku akhir piala AFC. Perlawanan berkesudahan dengan Arbil menang 5-1 di Stadium Francouse Al Hareeri. Pemain Kelantan yang kepenatan akibat perjalanan yang jauh dari Kelantan telah ketinggalan 1-0 hasil jaringan Halkard Mulla Mohammed.
Namun selepas separuh masa kedua Badri Radzi menjaringkan penalti untuk menyamakan kedudukan. Kemudian Amjed Radhi meletakkan Arbil didepan juga melalui penalti. Seterusnya Luay Salah menambah gol Arbil sebelum pemain gantian Salih Sadeer menjaringkan dua gol untuk menjadikan kedudukan 5-1.
Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menyatakan pemain keletihan akibat perjalanan ke Arbil yang memakan masa hampir 30 jam. Namun beliau percaya Kelantan tetap berpeluang pada perlawanan kedua di Malaysia nanti.
Ianya belum berakhir tunggu...

No comments:

Post a Comment

Commenter are responsible for their own comment. Any opinions are welcome.