Monday, September 10, 2012

BPL, Belgium dan Piala Dunia...

BPL atau Liga Perdana Inggeris mengandung agak ramai pemain daripada Belgium... Pemain seperti Eden Hazard, Fellaini, Vermaelen, Kompany dan Dembele mewarnai hujung minggu BPL... Sebelum ni nama ekspot utama Belgium adalah Jean Claude Van Damme... sapa tak kenal Van Damme..
Berdasarkan skuad kelayakan piala dunia tempoh hari di Cardiff ( Wales 0 Belgium 2), kosnya skuad Belgium tersebut adalah USD226juta... ketiga termahal tapi ranking FIFA Belgium adalah ditangga 40 dibelakang Mali (32) malah skuad Amerika Syarikat pun ditangga ke 33.
 Sudah lebih satu dekad skuad Belgium tidak layak ke kejohanan Piala Dunia. Kali terakhir mereka menyerlah ialah pada tahun 1986 dengan pemain seperti Enzo "little Pele" Scifo  dan Jan Ceulemans, mereka layak ke separuh akhir namun tewas kepada skuad yang diinspirasi Diego Maradona dengan keputusan 2-0. Walaupun skuad terkini agak berbakat namun mereka gagal layak ke Euro 2012.. Terdapat pengkritik bola menyatakan mereka gagal berfungsi sebagai sebuah pasukan dan akibatnya seringkali dibolosi gol mudah dan di minit-minit akhir perlawanan. Selain itu mungkin juga kebanyakan pemain terkini dikembangkan di luar Belgium bukan di kelab-kelab di Liga Jupiter (liga Belgium). Pemain seperti Vermaelen dan Vertonghen bermula di Ajax Academy, Eden Hazard ke Lille pada usia 15 tahun, Kompany mula berkembang bakatnya di Hamburg... Selain itu seperti Perancis sedekad lalu, pemain Belgium agak antarabangsa....Lukaku dari Congo, Fellaini keturunan Maghribi, Dembele (Mali), Witsel (Martinique)... Kompany mampu bertutur dalam lima bahasa....
Kelayakan Piala Dunia 2014 Kumpulan Satu UEFA, Belgium di saingi Croatia, Wales, Scotland, Serbia dan Macedonia... Tunggu September 11, 2012 nanti Belgium akan bertemu Croatia....di Koning Boudewijn Stadion.... kemenangan akan mengesahkan Belgium kembali sebagai pasukan utama di Eropah...kalah? 


No comments:

Post a Comment

Commenter are responsible for their own comment. Any opinions are welcome.