Monday, September 3, 2012

Serie A 2012/13 : Juventus menang lagi... Pazzini hattrik!

Giovinco...bakal lagenda Juventus..
Juventus meneruskan kecemerlangan musim lalu dengan meneruskan rekod tanpa kalah di Serie A dengan kemenangan bergaya 4-1 ke atas Udinese. Kemenangan Juventus dimudahkan lagi apabila penjaga gol Udinese, Zeljko Brkic dibuang padang pada minit ke 14 kerana mengasari Giovinco. Arturo Vidal menjaring penalti tersebut. Lain-lain gol dijaring Vucinic (45'), Giovinco (53' dan 71') dan gol saguhati Udinese melalui Andrea Lazzari (71').
Di San Siro, Inter Milan tewas 1-3 kepada AS Roma. Gol-gol Roma dijaringkan oleh Florenzi, Osvaldo dan Marquinho, manakala Cassano menjaringkan gol Inter.
Di Bologna, AC Milan menewaskan tuan rumah 3-0 hasil hattrick di penampilan sulung Pazzini buat AC Milan. Pazzini berhijrah ke AC Milan dari Inter Milan melalui penukaran pemain dengan Cassano pergi ke Inter. Nampaknya AC Milan lebih beruntung dengan penukaran pemain ini.....
Sedutan gol Pazzini..

Lain-lain keputusan- Lazio 3 Palermo 0; Napoli 2 Fiorentina 1; Sampdoria 2 Siena 1; Catania 3 Genoa 2; Parma 2 Chievo 0; Cagliari 1 Atalanta 1.
Owen dan kudanya...akan kembali ke Liverpool??
... khabarnya Liverpool akan rekrut Michael Owen.... betulke??

No comments:

Post a Comment

Commenter are responsible for their own comment. Any opinions are welcome.